Wednesday, January 27, 2010

kosong

Hari yang kosong.
kosong bermakna tiada?
kosong juga ada makna.

hari ini kosong.
tidak ada ruang melainkan kosong.
yang ada hanya kosong.
di dalam rumah kosong.
di luar rumah juga kosong.
di jalan raya kosong.
dalam hati kosong....
di mana sahja kosong.

inilah padahnya kosong.
bejalan kosong.
bersama kawan kosong.
oh hidu- sangat kosong.

mengapa kosong?
isteri, anak, menantu, saudara
tidak melihat angka kosong
kosong dalam kosong.
ok. kosong.

polis

Kebelakangan ini kita bersua dengan pelbagai ragam manusia. Manusia yang bersyukur dan tidak. Penulis melihat telivesyen dan membaca majalah dan akhbar, melihat dan membaca pelbagai komen Malaysian tentang polis kita. Seorang ahli politik mempertikaikan kerja polis semasa perlawanan Bola sepak di Alor Star. Ahli politik lain mempertikaikan kenapa polis bertindak demikian dan sedemikian. Ada sahaja tindakan polis yang di persoalkan. Mari kita lihat sejenak PDRM melalui lanser kita orang biasa.

Seorang yang berpakian uniform serba biru, Putih dan pakaian biasa. Menjalankan tugas seperti yang kita lihat. Berpanas, berhujan, malam, siang, pagi dan subuh di tempat kerja. Ada kita melihat mereka di rumah. Di mana keluarga mereka semasa mereka di jalan raya jam 5.00 pagi. Kita sedang tidur ataupun sedang bersembahyang ketika itu. Di dada akhbar terpampang polis membunuh penjenayah jam 3.00 pagi. Di manakah keluarga mereka?. Melihat Polis menahan mat rempit, membuat sekatan jalan raya jam 2.00 pagi. Di manakah keluarga mereka?. Berita tv menyiarkan seorang polis cedera kerana di langgar oleh mat rempat. Di manakah keluarga nya? Pembaca berita menyatakan seorang polis terbunuh kerana bot terbalik. Di manakah keluarganya?. Dan banyak lagi.

Saya sungguh hairan bagaimana dalam satu tajuk berita, mempertikaikan mengapa polis membunuh seorang atau lebih penjenayah. Kita sudah tahu itu penjenayah yang dikehendaki, mempunyai banyak kes tetapai dipersoalkan tidakan polis kerana membunuhnya. Sepatutnya kita bersyukur kerana polis telah menghapuskannya. Apakah kita mahu mereka ditangkap hidup-hidup. Memang kita hendakkan begitu tetapi mampukah petugas ini. Apabila kita diacukan senjata apakah kita akan berdiam atau cakapkan kepada penjenayah mari kita kemahkamah untuk mendapat keadilan. Bayangkan dalam satu suasana pejenayah seramai lima orang bersenjata pistol. Apakah polis akan berkata sila serah diri. Mahukah penjenayah menyerah diri. Penjenayah kan menembak. Polis mestilah menembak. Mereka terlatih dan mahir dalam penggunaan senjata pastinya penjenayah tumpas. Jika polis tidak menembak atau bertahan sahaja pastinya polis akan tumpas. Di manakah keluarga polis itu ketika ini? Kita mahukah lima penjenayah dibunuh tetapi dua puluh orang polis mati?

Wahai Warganegara Malaysia, bersyukurlah kerana polis menjadikan kita boleh tidur lena. Boleh mengambil wang di bank dengan selesa. Boleh melakukan apa sahaja di negara ini. Ada sekelumit daripada polis kita yang menyalahi undang-undang. Mereka juga manusia biasa yang tidak alpa daripada melakukan kesalahan. Jangan kerana seorang polis melakukan kesalahan kita menyalahkan semua. Ahli politik jangan menyalah polis sahaja, tanpa mereka ahli politik mungkin tidak boleh bersuara dan tidak boleh keluar rumah. Terima kasih Polis.

Sunday, January 17, 2010

ALLAH HUAKBAR.

Allah adalah kalimah yang maha besar untuk orang islam. Allah maha besar dan maha esa. Berbeza dengan agama lain, tuhan pada mereka tidak seperti Allah kepada Islam. Mahkamah telah memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang keristian di Malaysia. Penulis tidak mempertikaikan keputusan mahkamah kerana mereka yang faham undang-undang dan Perlembagaan. Mari kita lihat didunia luar. Beberapa buah negara bergaduh, bermusuh, bergolak dan kucar-kacir kerana perbalahan agama. Negara tidak aman. Akhirnya sistem undang-undang tidak ada. Mahkamah dan pengamal undang-undangpun tiada. Yang ada siapa yang kuat dia berkuasa. Apa guna undang-undang jika tidak boleh di gunakan. Untuk itu marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat untuk tidak digunaakan oleh agama laian kalimah Alllah. Allah huAkbar.