Tuesday, June 23, 2009

kaedah membaca

Ada berbagai kaedah atau methodologi untuk mengajara membaca Bahasa Melayu. Pengelaman lalu membuatkan saya mencadangkan kaedah sukukata digunakan dalam P&P bacaan Bahasa Melayu. Apabila pelajar mahir dalam sukukata, mereka senang untuk membaca. Saya cadangkan kaedah ini kepada Ilhan Yasmin bt. Sharulniza untuk dipraktikkan. Caranya: Mula perkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u.
Mulakan dengan menulis a yang berbunyi aa dan konsonan yang lain membentuk perkataan yang maujud. ayam, ayah, adik, api. Buat seperti kad dan lukiskan gambarnya sekali.
e Di tulis ekor, e juga ditulis emas, emak, enam.
I ditullis itik, ikan, ipin
o ditulis otak, opah, onak
u ditulis ular, udang, upin.
Kemudian buat pula kad bermula dengan ba -- bata, batu, baju
bu-- buku, bulan, budak
be - beruk, betik, bedak
be -- belon,
bi -- bilik, bihun, bika
bo -- bola, botol, bomba.
Seterusnya d dan bersama vokal dan konsonan. Berikan mereka benda yang maujud.
InsyaAllah apabila sampai ke huruf c Ilhan Yasmin akan boleh membaca.
Selamat mencuba.

Monday, June 22, 2009

lawak

Ada seorang banjar yang teringin hendak memakan roti bakar. Satu hari apabila balik dari kebunnya dia terus singgah di kedai kopi cina. Pada masa itu kedai kopi melayu tidak ada di Langkap. Pekedai itu pun datang untuk bertanya minum dan makannya. Mau minum apa? Dia menjawab minum teh la. Makan? Loti Bakar.
Pekedai: Loti Baka? kaya ka? (bermaksud disapu kaya).
Banjar : Kadaklah saya kaya? pertengahan la. (bermaksud tidak kaya, sederhana sahaja)
Pekedai : Keahairanan. Mau tega (hendak mentega)
Banjar : Ah cina ini! aku sorang bertiga katanya (aku seorang bertiga katanya)
Pekedai : Apa lu cakap? (apa awak kata)
Banjar : Dengan rasa marah. kenapak hikam? (Kenapa kamu) Bersambur paloh ni.
(peluhnya bersembur kerana panas dan marah).
Pekedai : tercengang dan ok. Tidak lama kemudian membawa secawan teh dan sepuluh
set roti bakar.
Banjar : Tercengang.
Catatan. Pekedai ingatkan bersambur paloh hendak sepuluh roti bakar.
Alfatihah kepada arwah ustaz Arshad kerana menceritakan cerita ini sebagai hiburan di kedai kopi suatu masa dahulu.

Pusat Pemulihan Dadah

Pada 22 Jun yang lalu saya telah mengambil adik saya bercuti di Pusat Pemulihan Dadah Sungai Besi Kuala Lumpur. Bercuti selama tiga hari. Awal Pagi jam 8 saya dan dua orang anaknya telah pergi ke Pusat ini. Kami memasuki Pusat tersebut dan terus ke tempat tetamu. Penghuni pusat ini, pelatih-pelatihnya dengan hormat telah meminta kami untuk menunggu di tempat yang disediakan. Terima kasih. Pusat ini sangat bersih dan dijaga dengan penuh rapi. Syabas.
Berjumpa dengan kaunselor Puan Haslina. Saya dan anak saudara saya disambut dengan penuh hormat. Kami diberikan sedikit taklimat dan penerangan. Kemudian adik sayapun dipanggil. Kaunselor menasihatkan adik saya agar balik semula pada 26 Jun ini. Ia juga perlu mematuhi arahan-arahan dan prosedur yang telah ditetapkan. Balik sebelum pukul 6 petang 24 Jun, tidak boleh memandu kereta dan menunggang motorsikal. Tidak boleh memiliki wang sewaktu bercuti. Melaporkan diri di Balai Polis Kampar apabila sampai di kampung. Jam 1.30 petang kami sampai ke kampung Batu Berangkai Kampar. Saya terus balik.
Di dalam perjalanan saya berfikir dan bermain fikiran. Bolehkah Manusia ini insaf? Bolehkah lupakan dadah? Jawapannya terserah kepada individu tersebut. Dia yang boleh melakukannya berkat doa dan pertolongan Allah. Daripada ceritanya pelbagai kaedah dan terori dijalankan di pusat tersebut untuk memulihkannya. Saya menyatkan kepadanya apapun cara, teknik, pelajaran, teori dan psaikologi yang dilakukan, diri sendirilah yang berkuasa untuk tidak mengambil dadah lagi. Saya juga ada mengatakan di luar Pusat, pancarobanya sangat besar dan maha hebat. Dua bulan lagi adik saya akan menamatkan pemulihannya di pusat ini. Dua bulan masa yang agak singkat.
Adikku Hassan, bertaubatlah. Saya bayangkan satu analogi. Kita berjalan di sebatan jalan. Jatuh ke dalam sebuah lubang. Kaki kita sakit. Sembuh daripada sakit,kita berjalan di jalan yang sama dan jatuh di lubang yang sama. Sakit yang sama. Kali ketiga di jalan yang sama. Tidakkan kita jatuh di lubang yang sama.
Hassan. Ingatlah, jangan cakap sahaja yang banyak. Jangan teori sahaja yang banyak. Yang perlu kikiskan hidup kamu dari dadah. Anak seramai 7 orang. Yang sulung telah menamatkan pengajian di Politeknik KotaBharu. Yang kedua akan memulakan pengajiannya Julai ini di Politeknik Behrang. Yang lain bersekolah kecuali yang kecil. Mampukah isterinya sahaja yang menanggung semua ini. Janganlah tanggungan ini menjadi tanggungan orang lain pula. Saya berharap selepas keluar dari Pusat ini tidaklah saya dibebakan lagi dengan tanggungan ini. Berilah saya kelapangan. Berilah saya rehat. Sejak dari kecil saya telah membantunya hinggalah ke saat ini. Oleh itu berilah saya peluang untuk membantu diri saya sendiri. Saya juga memerlukan tenaga dan wang untuk diri saya.
Kepada keluarganya juga janganlah ambil senang. Janganlah apa sahaja kepada saya dibebankan masalah. Saya jugalah untuk membantu semuanya. Apabila ada duit mereka membeli yang tidak perlu. Yang terbaru membeli komputer bimbit. Hendak masuk Politeknik bulan Julai ini bagaimana. Tentunya saya jugakah?. Tidak apa. Jika saya mati esok bagaimana?. Kepada Alllah kita berserah.

Saturday, June 20, 2009

Hari Bapa

Saya tidak pernah menyambut dan mengucapakan Hari Bapa kepada ayah saya. Mengapa? zaman dahulu tidak disebutpun adanya hari bapa. Kini setiap Jun 21 tertulislah Hari Bapa. Hari untuk menghargai bapa dan meraikannya. Syabas kepada manusia moden dapat mencipta hari bapa. Dapat juga satu hari tanpa segan silu mengucapkan "Selamat Hari Bapa".
Saya teringat pada tahun 1964 emak saya meninggal dunia. Ayahlah menjadi ayah dan ibu pada keluarga ini. Saya anak yang tua ketika itu berumur 13 tahun. peli 11 tahun, allahyarham Normah 9 tahun, Bulat 8 tahun, Othman 3tahun dan Hassan 6 bulan. Ayah menoreh getah dan membuat kerja rumah. Kami tidak pernah lapar dan kami bahagia. Rumah kami seperti kapal pecah, berselerak dan tidak berkemas. Ayah tidak mampu melakukanya semua itu. Adik-adik tidak tahu lagi untuk berkemas. Masih saya ingat adik perempuan mempunyai kutu di kepala dan kami hanya tahu menyikatnya sahaja. Orang di sekeliling membiarkan sahaja. Hanya mengata dan tidak membantu. Ayahku sangat gigih. Aku meneruskan persekolahan.
Ayah kahwin. Ibu tiriku juga dapat membantu untuk menguruskan keluarga ini. Pastinya ada masalah. Kami anak yang tidak terurus. Ayah dan adik-adik berpindah ke Kampung Batu Berangkai, Kampar dari Kg. Lengkuas. Ayah memulakan kerja sebagai "jaga Motor" bermaksud menjaga jentera pam air lombong bijih timah. Waktu tidak bekerja ayah mmenjual ayam.
Kami tinggal di soyok surau dan dapurnya behampiran surau itu. Ayah sangat gigih. Mengumpul duit dan membuat rumah di tapak sekarang ini. Ayah Kahwin lagi selepas bercerai dengan ibu tiri yang dahulu. Rumah kami tanpa elelterik, dan sangat daif. Apapun itulah rumah kami. Kami dibesarkan dirumah ini. Ayah sangat gigih. Ayah bekerja 24 jam dan cuti 24 jam. Waktu cuti ayah menjual ayam dan buah-buahan. Pernah saya mengikut ayah membeli rambai di Chenderiang. Saya memanjat dan ayah mengumpulkannya. Lepas itu ayah dan saya menjualnya di Mambang diawan, Kampar. Saya rasa sangat letih. Bayangkan menaiki basikal dari kampar ke Chenderiang terus ke Mambang diawan dan balik semula.
Ayah sangat gigih.
Saya mula bekerja. Menghantar wang kepada ayah. Yang tidak dapat saya lupakan. Saya memberikan wang gaji pertama saya sebagai guru sebanyak RM 100.00. Ayah merenung saya dengan renungan yang tidak sapat saya gambarkan. Ketika itu gaji ayah sebagai Jaga motor sebanyak RM 90.00. Ayah diam dan balik ke kampar. Kami terus membesar.
Kini segalanya tinggal sejarah. Semoga Allah merahmati ayah. Semoga rohnya ditempatkan dalam orang-orang yang Soleh. Ayah sangat gigih.

perjuangan.

Saya begitu tertarik dengan kerajaan perpaduan yang sekarang ini diwar-warkan oleh ramai orang. yang menariknya kerajaan ini akan membabitkan dua petubuhan siasah Melayu yang terbesar di negara ini. Didoakan semoga berjaya Insya
allah.
Sejarah telah membuktikan perpaduan orang Melayu menjadikan negara ini sangat aman, stabil dan melimpahkan rezeki kepada semua bangsa dan etnik di Malaysia. Perpaduan orang Melayu membantutkan penubuhan Malayan Union. Melonjakkan orang Melayu selepas May 13.
Banyak lagi yang tidak dpat dicatatkan di sini. Mari kita sorot pergaduhan pembesar Melayu di Perak seketika dahulu. Puak Hai San telah menyokong sebelah dan Ghee Heng menyokong sebelah puak. Kemenangan sebelah pihak pembesar Perak menyebabkan keuntungan kepada bukan satu puak tetapi kepada orang Cina di Perak ketika itu. Orang Melayu rugi kerana telah memberikan hak kepada puak cina ini semasa perjanjian. Semasa menuntut kemerdekaan orang Melayu dengan rela telah memberikan kerakyataan kepada mereka. Tidak cukup itu kita rela memberikan kemewahan dan persamaan kepada mereka. Kita orang Melayu terus tinggal di kampung. Mutahir ini kita berikan pula biasiswa keluar negara kepada mereka. Apa yang kita tinggal. Kita terus beralah dan memberi untuk keamanan dan keharmonian. Apa yang kita ada.
Orang Melayu terus berpecah. Daripada UMNO tertubuhnya PAS dan pecahan parti lain yang telah pupus. Melayu berpecah lagi dengan adanya PKR. Ada juga orang Melayu dalam PPP, Gerakan dan DAP. Kita berbangga kut kerana kita ada di semua tempat. Kita tidak mengira apakah yang ada dan perjuangan yang dilakukan oleh parti-parti tersebut.
Dewasa ini telah ada ura-ura untuk menubuhkan kerajan perpaduan, orang Melayu patut bertindak proaktif untuk merealisasikan kerajaan ini. Tidak kira orang UMNO, Pas, PPP, dan NGO serta kumpulan Tablik dan orang kita yang buat tidak peduli dengan politik bersatu untuk mendesak agar perancangan ini dinobatkan. Ambil tulisan minda Dr. Maza ..iaitu ajarannya bukan kepada kepentingandiri, parti atau apa sahja, serta menyatakan kita dalam kalangan kaum muslimin. Maka muslim atau Islam itulah identiti kita merentasi segala identiti dan ideologi...
Orang UMNO dan Pas marilah kita bersatu untuk membentuk kerajaan perpaduan. Jika kita bersatu tentunya kepentingan bangsa kita terjaga dan kita dapat menjaga kepentingan rakyat Malaysia yang lain. Hanya dengan perpaduan ini sahaja kita akan berjaya. pastinya banyak ranjau dan onak untuk membentuk kerajaan ini. Kita berpandukan Quraan dan Sunnah dan berkiblat yang sam, berbaju yang sama. bahasa yang sama, makanan yang sama dan citaraasa yang sama. Mengapa kita tidak boleh bersama. Pihak UMNO perlu berendah hati dan berhemah. PAS pula buangkan rasa tinggi diri dan kembali kepada perjuangan. InsayAllah kita akan berjaya.
Ayuh kita bersatu sebelum kita menjadi Plastin dan Labnon. AllahHuakbar.

Thursday, June 11, 2009

timesquare

Beberapa hari yang lalu saya membawa anak-anak ke Kuala Lumpur. Bercuti dan bersama anak-anak untuk lebih mendekati mereka. Anak mengajak ke Timesquare untuk bermain bowling dan menaiki rollercoster. Dalam suasana yang susah untuk sampai ke destinasi ini akhirnya kami sampai. Anak-anak memulakan permainannya dengan menaiki rollercoster. mereka sangat gembira. Selepas itu bermain bowling.
Waktu zohor saya dan anak-anak bersembahyang di kawasan ini di tingkat lapan. Syukur kepada Allah ramai yang bersembahyang. Anak-anak muda bersembahyang. Ramai anak-anak muda belasan tahun bersembahyang. Saya sungguh berasa bangga kerana di zaman ini masih ramai anak-anak muda menunaikan suruhan Ilahi. Alhamdulilah. saya sedikit terkilan kerana anak-anak tersebut sembahyang, apabila sujud ternampak aurat. Mereka memakai kemeja t yang singkat. Ini menampakkan aurat. Saya berpesan agar apabila sembahyang masukkkan baju ke dalam seluar supaya semasa sujuk tidak nampak aurat. Semoga anak-anak bersembahyang tidak batal. Semoga anak-anak muda berjaya.

Saturday, June 6, 2009

mesyuarat cawangan.

Bulan ini bermula mesyuarat cawangan UMNO. Selamat bersidang. Semoga mendapat keredoan daripada Allah. Semoga dapat membincangkan hala tuju orang Melayu Khususnya. Persidangan ini amat penting kerana seranan dan cadangan adalah daripada akarumbi. Justeru itu dipohon agar semua ahli UMNO dapat memberikan cadangan dan saranan. Jangan hanya memohon untuk membaiki pagar surau dan kepentingan fizikal sahaja. Mari kita sama-sama memikirkan untuk kemajuan bangsa dan negara tercinta ini.
Kita banyak dan mendengar pelbagai tuntutan daripada kaum Cina dan India. Apa pula tuntutan daripada kaum kita. Sudahkah kita berpuas hati. Banyak yang kita lihat dan dengar yang diberikan kepada mereka. Jadi bagaimana pula dengan kita. Banyak yang kita kongsi bersama tetapi mahukah mereka berkonngsi bersama. Kerajaan berikan pelbagai kemudahan dan pertolongan untuk mereka. Orang Melayu akur. Apa pula yang akan kita dapat.
Sejarah membuktikan kita memberikan mereka kerakyatan. Pemimpin merekapun mengatakan tiada bangsa di dunia ini yang begitu pemurah seperti bangsa kita. Tahun 2009 mereka menuntut pelbagai benda. Menuntut kesamarataan dalam pelbagai bidang. Kita diam dan hanya menggeleng kepala sahaja. Peruntukan yang sangat banyak kepada sekolah mereka. Kita diam sahaja. kita bangsa yang suka memberi.
Di mesyuarat cawangn UMNO kali ini bentangkanlah pula kehendak kita. daripada sekolah hinggalah ke antarabangsa untuk kepentingan kita pula. Selamat bersidang.

Tuesday, June 2, 2009

kawan,sahabat,teman,rakan,taulan

Dalam hidup ini kita bertemu dan berjumpa pelbagai orang. Ada yang menjadi kenalan, kawan, rakan, sahabat dan pelbagai sebutan. Mungkin kita berbaik, sangat baik, jelikit dan pelbagai sebutan. Apapun yang di perkatakan kita mempunyai ramai kenalan. Kenalan ini akan berubah menjadi sahabat, rakan dan yang lain. Ini mengikut tahap hubungan kita. Hubungan itu pula bertindak dua hala. Mungkin kita sangkakan dia sahabat. dia menjadikan kita rakan sahaja.
kawan bersama kita senang dan susah. Sahabat bersama kita senang, susah dan bersimpati dan sedia membantu serta menolong. Teman sekadar menegur sapa dan berkenalan. Rakan seperti kita di dalam kelas. Rakan sekelas. Taulan mempunyai sedikit hubungan. Kenalan pula hanya berkenalan.
Tidak ramai yang menjadi shabat. Yang ramai hanayalah menjadi rakan. Arwah ayah saya mengatakan ramai kawan ketawa tetapi tidak ramai kawan menangis. Kata keramat itu memang berlaku dan sentiasa berlaku. Ramai kawan yang bersama kita tetapi tidak ramai yang sama menangis. Mungkin itu lumrah alam.
Dalam dunia politik. Hari ini kawan esok mungkin musuh dan lusanya teman dan kahirnya taulan. Masa ketawa dalam politik semua menjadi kawan. Semua menyatakan sahabat. Jika kita hendak tahu setakat mana hubungan itu, masa kita menangis. Di mana mereka. Kita sahaja yan menangis. Yang kita sangkakan dahulu rakan rupanya sahabat. Itulah dunia politik.
Dunia poliitik. Dunia yang penuh dengan pelbagai seni. Seni berkawan dan seni bermusuh. Akhir kata selamat bersidang sahabat, kawan, teman, rakan dan taulan. Tidak apa kawan, roda sentiasa berpusing. tq.