Wednesday, March 24, 2010

Nurul Anis Nabila bt. Umar

Saya melihatnya membesar. Bermain, bersekolah, Belajar dan berkahwin. Daripada Tingkatan satu hingga tingkatan lima tinggal di rumah saya. Selepas itu selalu berkunjung kerumah. Pernah memarahinya beberapa kali. Kali terakhir memarahinya saya menumbuk meja di depan emaknya sendiri. Tidak payahlah saya ceritakan kesalahannya. Beliau menangis. Nurul Anis selepas itu tidak lagi melakukan apa yang saya marahi. Belliau juga melupakan apa yang saya marahi.
Allah lebih menyayanginya. Allah mengambil nyawanya dalam usia 22 tahun. Saya terkedu apabila faiz menelefon dan mengatakan beliau telah mendahului kita. Rasa baru semalam beliau memanggil saya pak cik umar anis tertinggal bas. Saya akan start kereta dan menghantarkanya ke sekolah. "Anis kamu kena buat macam ini" Anis diam dan akur. Itulah Nurul Anis Nabila. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Alfatihah.

Wednesday, March 17, 2010

daibetis2

Hari ini saya keklinik untuk membuat rujukan kerana sakit daibetis. Bacaannya 8.6 sebelum makan. Masalahnya badan terasa melayang. Doktor memberi saya ubat 4 jenis ubat. ubat pertama 1/2 untuk sekali sehari. ke2 asprin 1/4 sekali , ke3 perindopril 1/2 sehari n lovastatin satu sehari. makan ubatpun dah kenyang. Yang peliknya pandangan jua tidak begitu memuaskan. Saya akan cuba memakan ubat ini dan bersoa.

Sunday, March 14, 2010

kenduri kahwin

Pada awal cuti persekolahan ini sangat ramai orang mengadakan kenduri kahwin. Memang baik dan dituntut oleh sunnah. Pada 13 hb. yang lalu saya menerima 10 jemputan. Mana mungkin saya dapat melunaskan tuntan tersebut. Tidak berkemampuan Tambahan pula ada yan sangat jauh seperti di Kuala Lumpur. Yang lain di Teluk Intan, Sitiawan dan sungai manik. Saya hanya mampu pergi lima rumah. Itu pun rumah yang ke lima pukul empat petang. Saya rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan jemputan saudara dan sahabat yang mengundang. Saya memohon ampun dan maaf.

Saya ingin mencadangkan supaya kenduri kahwin masa akan datang di buat juga pada waktu petang dan malam. Ini boleh dilakukan secara berunding. Katakan satu kariah masjid dituliskan perancangan siapa yang akan mengadakan kenduri perkahwinan. Daripada statistik tersebut yang hendak mengdakan kenduri kahwin bolehlah berfikr untuk mengadan pada petang atau pun malam. Siapa yang berani untuk mencuba?.

Thursday, March 4, 2010

daibetis

Semalam umur 59 tahun 1 hari. Mulai daripada pagi selepas subuh badan terasa lemah dan kepala peninng sikit. Baring. bertambah lemah n sleepy. Ada raasa nak muntah. Lebih kurang pukul 10.00 pagi pergi keklinik panel. Di periksa n buat dignosis, didapati paras gula sebnyak 26. 26 apa ztau le?. Saya diarahkan kurangkan mengambil gula. Maksudnya bukan gula pasir tetapi kandungan gula yang ada dalam makanan. Nasi adalah satu sumber yang banyak gula. Perasaan saya sungguh sediah. Badan sedikit melayang. Mata sedikit tidak tepat pandangannya. Wow rupanya penyakit daibetis ini menyerang kita dalam diam dan sungguh2 tidak bermaya.

Saya berehat sahaja semalam. Pagi makan bihun. Tengahari makan capati. Malam makan tepek tepung sahaja. Lanagsung tidak ambil gula direct. Malam tadi rasa lega. Pagi ini rasa sihat. Syukur kepada Allah. Nasihat saya jangan makan benda yang manis banyak. Kepada yang tidak ada penyakit berwaspadalah semasa makan. Jangan makan banyak dan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

daibetis

Tuesday, March 2, 2010

umur.

assalamualaiku. pada hari ini umur meningkat lagi. 59 tahun kalau kelendar Islam mencapai 68 tahun. Bila diingat memang telah lama hidup di dunia ini tetapi amalan ciput sahaja. Memohon kepada Allah agar apa yang dilakukan dan ibadah yang dikerjakan diterimaNya. InsyAllah. Namun untuk samapai ke ling lahat itu semakin hampir. Mungkin selepas ini, malam ini, esok, lusa dan .... Saya memohon ampun dan maaf kepada semua muslimin dan muslimat. Pastinya saya banyak melakukan dosa. Banyak melakukan kesalahan kepada semua muslimin dan muslimat. Saya memohon ampun dan maaf. Jika saya ada berhutang manalah tahu yang saya tidak ingat, di harap minta pada saya. Boleh juga sms pada saya. InsyaaAllah saya akan membayarnya. Jika tidak minta dihalalkan.
Kepada anak2 ayah juga memohon ampun dan maaf. Kekerasan dan keterlaluan di zaman silam mungkin menjadi kesalahan. Niat di hati untuk kejayaan anak2. Jika ayah pergi dahulu dariapada emak, jagalah emak baik2. Dia memerlukan kasih sayang anak2 terutama anak2 perempuannya. Dia pastinya sangat kesunyian. Jangan hantarnya ke pusat jagaan orang2 tua. Jangan sia2kan emak kamu semua. Dia sering meluahkan perasanya kepada ayah. Anak2..... pandangan seorang ibu yang telah tua. hantar sms, telefon n kuasai hatinya. Dia sangat memerlukan anak2nya.
Anak2 lelaki Dia memerlukann kamu. Jangan kecilkan hatinya. Ambillah dan sanjunglah agar dia tidak kesunyian. Selamat tinggal anak2.

tentera udara

dalam kuliah ust. suhaimi minggu ini beliau membacakan surah Alamtarokai.... mengapa Allah menewaskan tentera Abrahah?.
1. Allah menjaga dan menyelamatkan Islam.
2. Islam akan dikalahkan oleh Islam sendiri.
3. Dikalahkan oleh burun aba bil.

Mengapa burung? Tentera Abrahah tentera bergajah. Di zaman itu tentera bergajah adalah yang terhandal. Allah menghantar burung aba bil. Falsafahnya tentera udara adalah dominan untuk menewaskan musuh. Itu sebab israel telah membina angkatan tentera udaranya yang sangat canggih. Terbaru kapal terbang tanpa pemandu yang boleh terbang 2000 meter ke udara yang tidak dapat dikesan oleh radar. kita? ada kapal terbang tanpa injin.