Wednesday, January 27, 2010

polis

Kebelakangan ini kita bersua dengan pelbagai ragam manusia. Manusia yang bersyukur dan tidak. Penulis melihat telivesyen dan membaca majalah dan akhbar, melihat dan membaca pelbagai komen Malaysian tentang polis kita. Seorang ahli politik mempertikaikan kerja polis semasa perlawanan Bola sepak di Alor Star. Ahli politik lain mempertikaikan kenapa polis bertindak demikian dan sedemikian. Ada sahaja tindakan polis yang di persoalkan. Mari kita lihat sejenak PDRM melalui lanser kita orang biasa.

Seorang yang berpakian uniform serba biru, Putih dan pakaian biasa. Menjalankan tugas seperti yang kita lihat. Berpanas, berhujan, malam, siang, pagi dan subuh di tempat kerja. Ada kita melihat mereka di rumah. Di mana keluarga mereka semasa mereka di jalan raya jam 5.00 pagi. Kita sedang tidur ataupun sedang bersembahyang ketika itu. Di dada akhbar terpampang polis membunuh penjenayah jam 3.00 pagi. Di manakah keluarga mereka?. Melihat Polis menahan mat rempit, membuat sekatan jalan raya jam 2.00 pagi. Di manakah keluarga mereka?. Berita tv menyiarkan seorang polis cedera kerana di langgar oleh mat rempat. Di manakah keluarga nya? Pembaca berita menyatakan seorang polis terbunuh kerana bot terbalik. Di manakah keluarganya?. Dan banyak lagi.

Saya sungguh hairan bagaimana dalam satu tajuk berita, mempertikaikan mengapa polis membunuh seorang atau lebih penjenayah. Kita sudah tahu itu penjenayah yang dikehendaki, mempunyai banyak kes tetapai dipersoalkan tidakan polis kerana membunuhnya. Sepatutnya kita bersyukur kerana polis telah menghapuskannya. Apakah kita mahu mereka ditangkap hidup-hidup. Memang kita hendakkan begitu tetapi mampukah petugas ini. Apabila kita diacukan senjata apakah kita akan berdiam atau cakapkan kepada penjenayah mari kita kemahkamah untuk mendapat keadilan. Bayangkan dalam satu suasana pejenayah seramai lima orang bersenjata pistol. Apakah polis akan berkata sila serah diri. Mahukah penjenayah menyerah diri. Penjenayah kan menembak. Polis mestilah menembak. Mereka terlatih dan mahir dalam penggunaan senjata pastinya penjenayah tumpas. Jika polis tidak menembak atau bertahan sahaja pastinya polis akan tumpas. Di manakah keluarga polis itu ketika ini? Kita mahukah lima penjenayah dibunuh tetapi dua puluh orang polis mati?

Wahai Warganegara Malaysia, bersyukurlah kerana polis menjadikan kita boleh tidur lena. Boleh mengambil wang di bank dengan selesa. Boleh melakukan apa sahaja di negara ini. Ada sekelumit daripada polis kita yang menyalahi undang-undang. Mereka juga manusia biasa yang tidak alpa daripada melakukan kesalahan. Jangan kerana seorang polis melakukan kesalahan kita menyalahkan semua. Ahli politik jangan menyalah polis sahaja, tanpa mereka ahli politik mungkin tidak boleh bersuara dan tidak boleh keluar rumah. Terima kasih Polis.

2 comments:

  1. syaa si baju biru....yg sudah lama tidak memakai baju itu namun baju itu tetap keramat dan ada tradisinya, dari seorang budak pondok yg hanya tahu mengaji dan menglaunkan ayat suci, kini sy berdiri sama tinggi dan duduk sama rendh dalam Barisan Baju Biru dengan kibaran Sang Saka Biru...sy adalah warisan darah perwira...warisan nama keluarga DAGAP+MUSA dan UMAR+REFEAH...tanpa mereka siapa saya..........

    sy adalah 1 dalam puluhan ribu SiBaju Biru yg diarah dan diamanahkan memberi ketenangan dan keselesaan tidur serta keamanan keluarga bagi semua penduduk malaysia agar mereka terus bersama nikmat di atas nama Malaysia dan bebas ke menuju seruan ilahi di pagi hari....

    ape pon kata org dan pandangan org....sy ttp bangga dan sy tahu "mereka yg mendidik sy dan mengasuh" sy ttp percaya dan doakan saya...kerana sy lakukan demi rezki dan amanah...Allah ttp bersama meraka SiBaju Biru

    ReplyDelete