Wednesday, December 23, 2009

pulau karimun.

Baru-baru ini saya dan kawan-kawan pergi ke pulau karimun. lawatan ini terjadi sehari sebelum pergi bersembang di kolam ikan. Berseloroh dan apakata kita pergi ke Indonesia. Ok kita pergi ke pulau Karimun. Jam 6.00 petang kami bertolak dari Langkap sebuah kereta seramai empat orang. Bersembang dan singgah banyak R&R. Sampai di pontian jam 1.00 pagi. Masuk hotel murah dan tidur. Jam 6 pagi bangun dan bersiap. Terus menuju ke pelabuhan Kukup. Menaiki feri Jam 8.30 pagi. Sampai ke Pulau Karimun jam 9.45 Waktu Malaysia. (waktu Indonesia 8.45 pagi) . Masuk ke hotel dan berehat sekejap.
Makan bersama kawan di restoran Padang berhampiran hotel. Tidak begitu sedapap makanannya, tidak seperti di Padang. Berjalan-jalan di pekan Karimun. Pekannya tidak besar dan maju. Hanya deretan kedai dan tidak ada bangunan yang tinggi. Banyak warung dan kedai makan. Banyak jualan baju, kain batik,jeans dan barangan kulit. Tidak ada apa yang hendak di lawat di pulau ini. Malamnya ke tepi pantai makan sate dan bakso. Makanannya sedap.
Besoknya kami pergi ke pulau Batam. Dari Pulau Karimun tambang feri sebanyak 4000 rupiah. Di pulau ini pembangunannya nampak terserlah. Ada Lapangan terbang dan bangunanan yang tinggi. Ada Pasar raya dan hotel yang besar. Jalan rayanya besar dan sangat memuaskan. Makan di restoran Padang. Makanannya agak sedap. Banyak barangan boleh dibeli. Balik ke pulau Karimun Jam 4.00 petang. Tidur dan berehat serta berborak dengan kawan dan pekerja hotel. Satu yang tidak baik di sini pekerja hotel menawarkan cewek. Mereka macam menyuruh kita mengambil cewek. Jangan di layan.
Besoknya jam 11.00 pagi balik dan sampai ke rumah jam 7.00 malam. Pengalamannya betapa susahnya hidup di pulau ini. Penduduknya tidak banyak peluang pekerjaan. Pelancongan adalah kerja utama mereka. Pendapatan mereka cukup makan sahaja. Beruntung jadi rakyat Malaysia.
Tahun depan berhajat ke Phuket.

Friday, October 23, 2009

budjet 2010

4.00 petang 23 Oktober 2009 Perdana Menteri Malaysia membentangkan budjet 2010. Banyak yang dicadangkan dan akan dijalankan. Tahniah dan syabas diucapakan kepada kerajaan kerana budjet tersebut banyak memehak kepada rakyat. Penambahan pelepasan cukai pendapatan individu sangat dialu-alukan. Kepada pelajar yang cemerlang akan mendapat biasiswa ke universiti tersohor dunia. Pinjaman PTPTN dijadikan biasiswa kepada peminjam yang mendapat ijazah pertama. Bersungguh-sungguhlah anak bangsa ku. Orang macam saya juga mendapat secara terus dari budjet ini dengan wang sebanyak rm 500.00. Terima kasih kepada kerajaan dan syukur kepada Allah.
Banyak lagi yang ditawarkan oleh kerajaan dalam bajet kali ini. Lihat dan prhatikanlah agar kita mendapat peluang dan bekepentingan dalam bujet ini. tanks.

Wednesday, October 21, 2009

sekolah ku

Saya memulakan sekolah pada tahun 1956 darjah satu di Sekolah Kebangsan Lengkuas. Saya dimasukkan awal oleh ayah. Tidak tahu kenapa dan cikgu sekolah itu bagi pulak. Mungkin sistem masa itu tidak ketat. Sekolah ini hanya ada satu blok bangunan kayu yang dicat dengan warna hijau. Pada pagi hari pertama saya dihantar oleh ayah ke sekolah dengan menaiki basikal. Pakaian yang seba baru. tidak tahu apa-apa. Duduk. Memerhati sekolah. Ada yang menangis. Saya diam sahaja. Mengapa ke sekolah? itupun saya tidak tahu. Ada eramai lima orang dalam kelas ini. Saya, Lan, Daud, Aishah dan endon. Mereka tua setahun daripada saya. Pelajaran pertama ialah mengeja. mengeja dari buku yang bergambar. Kulitnya keras. Gambarnya besar dan tulisan nya sedikit. Perkataan pertama Abu Bakar. Orang dalam gambar itu bernama Abu Bakar. Saya rasa sangat senang untuk mengingatnya. Sebulan Kemudian saya telah boleh mengeja dan membatang perkataan. Buku tersebut saya boleh baca. Di rumah saya membaca depan emak dan ayah. Emak dan ayah saya sangat gembira. Adik-adik saya ternganga kerana saya boleh membaca. Walaupun umur saya rendah setahun daripada rakan sekelas tetapi saya yang pertama boleh membaca dan mengira. Dari sehari ke sehari saya terus maju di sekolah.

Darjah dua di sekolah ini. Saya boleh membaca dn mengira dengan baik. Boleh menyebut beberapa patah perkataan inggeris. Yang hebatnya saya boleh menulis tulisan jawi dengan baik. Dalam satu pertandngan yang tidak formal yang dijalankan oleh cikgu waktu tengahari sebelum balik, Saya orang yang pertama mendapat jawapan. Pertandingan ini diadakan daripada darjah dua hingga darjah enam. Sewaktu hendak balik saya terdengar cikgu berkata anatara mereka budak ini sangat bijak. Saya rasa hebat dan bangga. Sampai dirumah saya bagi tahu emak dan ayah. Mereka ketawa dan menyatakan besar nanti boleh kerja dengan kerajaan

Monday, October 19, 2009

Terkenang

Pada 17 Oktober yang lalu saya pergi ke Kg. Cheh, Taiping. Ambil makan Siti Fatimah. Perjalanan dan sampai ke tempat tersebut mengikut jadual. Tahniah. Selepas makan saya dan isteri terus ke Penang. Berkunjung kerumah Ulfarisya (along).
Di perjalanan saya melihat sebuah kereta lama. Kereta inilah satu masa dahulu pernah sya impikan untuk memilikinya. Tetapi tidak berjaya. Saya mengenali kereta ini di Bagan Serai tahun1973. Saya bekerja sebagai buruh penyembur nyamuk di pejabat kesihatan Bagan Serai. Selepas latihan di Dusun Tua saya mendapat jawatan ini bergaji $360.00 sehari. Saya bekerja dengan penuh komited. Kereta itulah yang terletak di garaj Pejabat Kesihatan. Di punyai oleh Inspektor nyamuk. Memohon jawatan tersebut tetapi tidak berjaya. Memohon jawatan pengawas kesihatan awam juga tidak berjaya. Saya puutus asa. Untuk memiliki kereta ini juga saya hapuskan dari fikiran saya.

Sekian.

ucapan presiden.

Minggu lepas saya pergi ke persidangan UMNO Malaysia. Sekali lagi saya menjadi pemerhati. Alhamdullah saya dapat mendengar dan menakkul ucapa presiden dan beberapa pembahas. Saya ucapkan syabas dan tahniah atas ucapan Presiden Dato Seri Najib Tun Razak. Penuh betenaga dan diolah dengan bijaksana. Orang-orang UMNO kena ambil perhatian. Bersama kita memacu kenderaan UMNO yang begitu baik. Semoga kita semua berjaya untuk agama dan bangsa dan negara. Banyak yang disentuh oleh presiden. Jangan di PWTC kita berkobar-kobar, balik di takukuk lama juga. Akhirnya bangsa kita juga yang hancur.
Cantas mencantas. Salah satu topik yang di war-warkan oleh presiden parti. Orang UMNO memang suka begini. Mula-mula naikkan seseorang kemudian jika tidak berapa setuju cantas. Cari orang lain. Tidak setuju cantas. Akhirnya yang tinggal hanyalah tunggul. Kemana bangsa kita. Kita yang tersepit.
Pada 18 Okktober lalu saya membaca tulisan Ridzuan Tee. Tulisannya cukup bermenafaat terutama kepada orang Melayu. Bacalah. Takkullah. InsyaAllah kita orang Melayu akan sedar.
Jika diperhatikan pemerhati yang datang ke PWTC tidak sampai 20% yang mendengar ucapan presiden. Jka mendengarpun secara sambil lewa sahaja. Saya menyeru kepada pemerhati agar dapat mendengar dan terus mendengar ucapan dan perbahasan. Ini menjadikan kita mendapat bahan dan berfikir dengan lebih kritis. Ramai yang hanya mundar mandir dan membeli belah. Bukan tidak boleh begitu, buatlah itu sebagai sampingan. Ada juga saya lihat perwaklan yang tidak begitu endahkan ucapan presiden. Ada yang tidur. Bangunlah Melayu. Bangunlah pemimpin Melayu. Bergerak dan terus bergerak dan jangan berdengkur.
Teruskan perjuangan.

Tuesday, October 13, 2009

perhimpunan agung umno

Assalamualaikum whb.

Esok saya akan ke pwtc untuk melihat dan bersama dalam persidangan UMNO 2009. Kali ini saya bukan perwakilan. Saya pergi kerana komited terhadap UMNO. Perhimpunan kali ini akan melakarkan sejarah kerana UMNO akan membuat pembaharuan. Merakyatkan perjuangan UMNO. Syabas. Semoga UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia.

terima kasih.

jumpa lagi

assalamualaikum whb.

Telah sekilan lama tidak bersama blog ini. Bukan kerana lesu dan bosan tetapi kerana banyak kerja dan tanggungjawab kepada hablum minaallah dan hablumminanans. saya mengucapkan, belum terlewat dengan ucapan Selamat Hari Raya aidilfitri maaf ZAHIR dan bathin. Pastinya saya banyak membuat kesilapan dan kesalahan. Tentunya kesilapan dan kesalahan ini kepada orang yang terdekat, hampir, jelekit, bersama dan yang mengenali. Tentu sekali kepada Isteri yang sentiasa memberi dorongan, nasihat,motivasi, kecil hati, besar hati, terpendam dan berhempas pulas bersama untuk hidup bersama dan terus hingga ke hari ini. Saya memohon ampun dan maaf.
Kepada anak-anak Ulfarisya, M khirul Faiz, Ulfatiqah, Fadlan dan M Aqwam tentu sekali ayah ada membuat salah. Dalam hidup ini tentunya ayah membuat keputusan yang tidak dipersetujui. Mungkin dianggap sangat garang. Mungkin dianggap tidak adil. Mungkin tidak bersetuju banyak hal. Percayalah ayah mempunyai objektif untuk melihat kamu semua mejadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Berjaya dan terus berjaya. InsyaAllah. Maafkan ayah.
Kepada menantu, Sharul dan Zarir ayah juga memohon ampun dan maaf. Ayah menganggap menantu sebagai anak sendiri. Maafkan lah isteri kamu, mungkin latihan dan cara mereka berfikir tidak mengikut kehendak kamu. Itulah isteri kamu yang dilahirkan dan dididik oleh keluarga ini yang mungkin tidak begitu baik. Ajarlah mereka dan didikalah mereka. Pastinya kamu dapat hikmahnya dan diredoi oleh Allah. Hidup bekeluarga ini tentu ada pasang surutnya. Tentu ada yang tergigit. Kamu dididik dan dibesarkan oleh keluarga kamu. Isteri kamu dididik oleh keluarga ini. Pasti berbeza. Pasti pandangan, cara, citarasa, berfikir , bertindak, meluahkan pandangan, cara bertindak dan bertutur berbeza. Oleh itu, itulah isteri kamu dan bimbinglah mereka. Marahlah mereka sebagi seorang isteri. Didiklah isteri kamu dengan penuh kasih dan yang dianjurkan oleh sunnah. Jangan jadikan isteri kamu menjadi serba salah, rasa terhina, rasa terpencil, rasa dendam, rasa jahiliah dan merana. Mungkin inilah coretan terakhir saya kepada menantu sebelum menjadi arwah.
Kepada semua anak saudara yang tidak dapat ditulis nama-namanya saya pak long, cik Umar memohon ampun dan maaf. Banyak yang saya lakukan tidak menyebelahi kamu. Saya kelihatan agak garang, sombong dan agak meninggi diri, inilah saya. Saya mahu kamu semua menjadi orang yang berani dan mencapai akedemik dan kemahiran yang baik. Syabas yang berjaya dan teruskan usaha kepada yang masih terkial-kial. Maaf zahir dan bathin. Yang telah berhari raya kerumah diucapkan terima kasih dan yang tidak datang juga datang di tahun hadapan. Sila tulis alamat dan no telefon di blog ini agar saya boleh datang dan mengingati kamu.
Sekian. memohon ampun maaf.

Saturday, August 8, 2009

MELAYU

Lidahnya,geraknya,otaknya...
biasa di atur.
berkawan dan bermusuh
berumpama, berselindung, berpatik,
itulah Melayu.

kini...bagaimana kita.
majoriti seperti minoriti.
berkejar, berlutut dan berselut,
kerana kau Melayu.
Melayu dan bukan melayu.
kita di desa yang sama.
pastikan desa ini desa kita.
amanat dan sumpah lebar daun.

Kita imbas natrah, kita rayu umar alkhatab,
kita lirik ungku umar, kita selami Dr. Ismail,
sejarah tidak berguna.
kita hanya pisau yang tumpul.
pengasahnya di bendul rumah,
rumah telah bocor,
bukan usang tapi di bocorkan.

Berjalanlah, mari kita bertempik.
hunuskan keris, semarakkan semangat jebat,
bersilat seperti ikan, melompat mengikut tupai,
kita makan seperti harimau.

menyala Melayu.
tanpa minyak, tanpa sumbu,
tapi kita menyala.
kita bukan si kembang cina.

Friday, July 31, 2009

kawan walaupun dah tua.

Hidup ini berapapun umur kita, kita tetap jua seperti kita di umur enam tahun dulu.. Tidak semestinya saya ini komplit. Pasti ada kekurangan dan kelemahan. Ada hasad, dengki, menyerah kalah, mau menang sahaja, rasa rendah diri, rasa tinggi diri, rasa hebat, rasa sangat tidak berguna, jadi top, jadi marhain, dan tidak dapat dituliskan.
kita telah lama hidup. Apa yang kita hendak cari lagi. Hendak jadi jutawan dah tidak dapat. Nak jadi orang yang top dah tidak ada harapan. Jadi kawan, jadilah kita macam kita. Jangan dikejar bayang sendiri. Jangan menuduh bukan-bukan kerana rezki di tentukan oleh Allah. Entah mengapa rezki saya agak belebih di beri Allah. Syukur saya. Jadi sahabat kena syukur dan tentu ada hikmahnya. keputusanya jadilah seperti kita.

kawan walaupun dah tua.

Thursday, July 9, 2009

sambung

ROKIAH BT. HJ. YUSUF 360302085812
NOR ARIF BIN NOR HAMZAH 641109065343
NURUL ATIRAH BT. KAMARUZAMAN 911203085540

Wednesday, July 8, 2009

sambungan

38. NOKIZAH BT. NOR HAMZAH 580320065094
39. NURUL FATIHAH BT. KAMARUZAMAN 930423085140
40. NURUL SYAFIQAH BT. KAMARUZAMAN AGE 11.
41. ESAH BT. MAT NOR

sambungan

Tuesday, July 7, 2009

sambungan

29. ASMAH BT. RANTAU 600905086806
30. AHMAD BIN HASSAN 461107086097
31. ABD KARIM BIN MOHD YATIM 600428086167
32. ROS AZIZI BIN SHAARI 650805085975
33. KAMARUZAMAN BIN DAWAMI 590406085909
34. NOREZAH BT. MAT BASIR 590417085920
35. NORLIA BT. DAHLAN 571113085952
36. YAP SIN KEONG 620410085631
37. CHAI MING FOO 700617085727

Monday, July 6, 2009

senarai lawatan ke sarawak.

  1. UMAR BIN MUSA 510303085241
  2. REFEAH BT. AHMAD 560818086070
  3. SIUTI BIN IBRAHIM 530310085563
  4. ZALIHA BT. ISMAIL 581124085594
  5. HALMI BIN MOHD GHAZALI 511104085067
  6. ABD.GHAPAR BIN AHMAD 570425086263
  7. FAUZIYAH BT. BAHARUM 560620086398
  8. JAAFAR BIN KASSIM 590904086103
  9. SITI NORMAH BT. JALEH 611019086103
  10. NUR SYAFIQAH SYAHIRAH BT. JAAFAR 180102080251 (MY KID)
  11. MOHD DAUD BIN ABD HAKIM 521221085495
  12. NOOR HANI BT. SHAHARIN 590422086282
  13. HABIBAH BT. ABDUL RAHMAN 451016085364
  14. KASTOLANI BIN MAKSUD 440416105295
  15. DOLLAH TABAB BIN TIR TOMEJO 491104085037
  16. JAMAKYAH BT. JELANI 540922085512
  17. ROBIATUL NADIAH BT. DOLLAH TABAB 930616085542
  18. LEE HO CHU 540824085367
  19. MUNIANDY A/L VENGADASALAM 471001085239
  20. WASUDHAVAN A/L MURUGESOO 400627085443
  21. CHAI AH NYAN@CHAI SUI NYAN 441101085597
  22. MUSA BION YEOP MAJID 530416086273
  23. KRISHNA MOORTHY A/L SINNAPPAN 491018085225
  24. BAHARUDDIN BIN ABU OTHMAN 640426086063
  25. SAEDAH BT. MD ALI @ RAMLI 691114085184
  26. MARIAH BT. MOHD TAHIR 510616105442
  27. ISMAIL BIN OMAR 430426085559
  28. NORAIDAH BT. MONTAK 581206086144
  29. ASMAH BT. RANTAU
  30. yap sin keong 620410-08-5631
  31. chai ming foo 700617-08-5727
  32. ASMAH BT. RANTAU 60090508680
  33. AHMAD BIN HASSAN 461107086097
  34. ABD KARIM BIN MOHD YATIM 600428086167
  35. ROS AZIZI BIN SHAARI 650805085975
  36. KAMARUZAMAN BIN DAWAMI 590406085909
  37. PENGHULU
  38. PENGHULU
  39. PENGHULU
  40. PENGHULU
  41. KARIM
  42. PPD

Tuesday, June 23, 2009

kaedah membaca

Ada berbagai kaedah atau methodologi untuk mengajara membaca Bahasa Melayu. Pengelaman lalu membuatkan saya mencadangkan kaedah sukukata digunakan dalam P&P bacaan Bahasa Melayu. Apabila pelajar mahir dalam sukukata, mereka senang untuk membaca. Saya cadangkan kaedah ini kepada Ilhan Yasmin bt. Sharulniza untuk dipraktikkan. Caranya: Mula perkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u.
Mulakan dengan menulis a yang berbunyi aa dan konsonan yang lain membentuk perkataan yang maujud. ayam, ayah, adik, api. Buat seperti kad dan lukiskan gambarnya sekali.
e Di tulis ekor, e juga ditulis emas, emak, enam.
I ditullis itik, ikan, ipin
o ditulis otak, opah, onak
u ditulis ular, udang, upin.
Kemudian buat pula kad bermula dengan ba -- bata, batu, baju
bu-- buku, bulan, budak
be - beruk, betik, bedak
be -- belon,
bi -- bilik, bihun, bika
bo -- bola, botol, bomba.
Seterusnya d dan bersama vokal dan konsonan. Berikan mereka benda yang maujud.
InsyaAllah apabila sampai ke huruf c Ilhan Yasmin akan boleh membaca.
Selamat mencuba.

Monday, June 22, 2009

lawak

Ada seorang banjar yang teringin hendak memakan roti bakar. Satu hari apabila balik dari kebunnya dia terus singgah di kedai kopi cina. Pada masa itu kedai kopi melayu tidak ada di Langkap. Pekedai itu pun datang untuk bertanya minum dan makannya. Mau minum apa? Dia menjawab minum teh la. Makan? Loti Bakar.
Pekedai: Loti Baka? kaya ka? (bermaksud disapu kaya).
Banjar : Kadaklah saya kaya? pertengahan la. (bermaksud tidak kaya, sederhana sahaja)
Pekedai : Keahairanan. Mau tega (hendak mentega)
Banjar : Ah cina ini! aku sorang bertiga katanya (aku seorang bertiga katanya)
Pekedai : Apa lu cakap? (apa awak kata)
Banjar : Dengan rasa marah. kenapak hikam? (Kenapa kamu) Bersambur paloh ni.
(peluhnya bersembur kerana panas dan marah).
Pekedai : tercengang dan ok. Tidak lama kemudian membawa secawan teh dan sepuluh
set roti bakar.
Banjar : Tercengang.
Catatan. Pekedai ingatkan bersambur paloh hendak sepuluh roti bakar.
Alfatihah kepada arwah ustaz Arshad kerana menceritakan cerita ini sebagai hiburan di kedai kopi suatu masa dahulu.

Pusat Pemulihan Dadah

Pada 22 Jun yang lalu saya telah mengambil adik saya bercuti di Pusat Pemulihan Dadah Sungai Besi Kuala Lumpur. Bercuti selama tiga hari. Awal Pagi jam 8 saya dan dua orang anaknya telah pergi ke Pusat ini. Kami memasuki Pusat tersebut dan terus ke tempat tetamu. Penghuni pusat ini, pelatih-pelatihnya dengan hormat telah meminta kami untuk menunggu di tempat yang disediakan. Terima kasih. Pusat ini sangat bersih dan dijaga dengan penuh rapi. Syabas.
Berjumpa dengan kaunselor Puan Haslina. Saya dan anak saudara saya disambut dengan penuh hormat. Kami diberikan sedikit taklimat dan penerangan. Kemudian adik sayapun dipanggil. Kaunselor menasihatkan adik saya agar balik semula pada 26 Jun ini. Ia juga perlu mematuhi arahan-arahan dan prosedur yang telah ditetapkan. Balik sebelum pukul 6 petang 24 Jun, tidak boleh memandu kereta dan menunggang motorsikal. Tidak boleh memiliki wang sewaktu bercuti. Melaporkan diri di Balai Polis Kampar apabila sampai di kampung. Jam 1.30 petang kami sampai ke kampung Batu Berangkai Kampar. Saya terus balik.
Di dalam perjalanan saya berfikir dan bermain fikiran. Bolehkah Manusia ini insaf? Bolehkah lupakan dadah? Jawapannya terserah kepada individu tersebut. Dia yang boleh melakukannya berkat doa dan pertolongan Allah. Daripada ceritanya pelbagai kaedah dan terori dijalankan di pusat tersebut untuk memulihkannya. Saya menyatkan kepadanya apapun cara, teknik, pelajaran, teori dan psaikologi yang dilakukan, diri sendirilah yang berkuasa untuk tidak mengambil dadah lagi. Saya juga ada mengatakan di luar Pusat, pancarobanya sangat besar dan maha hebat. Dua bulan lagi adik saya akan menamatkan pemulihannya di pusat ini. Dua bulan masa yang agak singkat.
Adikku Hassan, bertaubatlah. Saya bayangkan satu analogi. Kita berjalan di sebatan jalan. Jatuh ke dalam sebuah lubang. Kaki kita sakit. Sembuh daripada sakit,kita berjalan di jalan yang sama dan jatuh di lubang yang sama. Sakit yang sama. Kali ketiga di jalan yang sama. Tidakkan kita jatuh di lubang yang sama.
Hassan. Ingatlah, jangan cakap sahaja yang banyak. Jangan teori sahaja yang banyak. Yang perlu kikiskan hidup kamu dari dadah. Anak seramai 7 orang. Yang sulung telah menamatkan pengajian di Politeknik KotaBharu. Yang kedua akan memulakan pengajiannya Julai ini di Politeknik Behrang. Yang lain bersekolah kecuali yang kecil. Mampukah isterinya sahaja yang menanggung semua ini. Janganlah tanggungan ini menjadi tanggungan orang lain pula. Saya berharap selepas keluar dari Pusat ini tidaklah saya dibebakan lagi dengan tanggungan ini. Berilah saya kelapangan. Berilah saya rehat. Sejak dari kecil saya telah membantunya hinggalah ke saat ini. Oleh itu berilah saya peluang untuk membantu diri saya sendiri. Saya juga memerlukan tenaga dan wang untuk diri saya.
Kepada keluarganya juga janganlah ambil senang. Janganlah apa sahaja kepada saya dibebankan masalah. Saya jugalah untuk membantu semuanya. Apabila ada duit mereka membeli yang tidak perlu. Yang terbaru membeli komputer bimbit. Hendak masuk Politeknik bulan Julai ini bagaimana. Tentunya saya jugakah?. Tidak apa. Jika saya mati esok bagaimana?. Kepada Alllah kita berserah.

Saturday, June 20, 2009

Hari Bapa

Saya tidak pernah menyambut dan mengucapakan Hari Bapa kepada ayah saya. Mengapa? zaman dahulu tidak disebutpun adanya hari bapa. Kini setiap Jun 21 tertulislah Hari Bapa. Hari untuk menghargai bapa dan meraikannya. Syabas kepada manusia moden dapat mencipta hari bapa. Dapat juga satu hari tanpa segan silu mengucapkan "Selamat Hari Bapa".
Saya teringat pada tahun 1964 emak saya meninggal dunia. Ayahlah menjadi ayah dan ibu pada keluarga ini. Saya anak yang tua ketika itu berumur 13 tahun. peli 11 tahun, allahyarham Normah 9 tahun, Bulat 8 tahun, Othman 3tahun dan Hassan 6 bulan. Ayah menoreh getah dan membuat kerja rumah. Kami tidak pernah lapar dan kami bahagia. Rumah kami seperti kapal pecah, berselerak dan tidak berkemas. Ayah tidak mampu melakukanya semua itu. Adik-adik tidak tahu lagi untuk berkemas. Masih saya ingat adik perempuan mempunyai kutu di kepala dan kami hanya tahu menyikatnya sahaja. Orang di sekeliling membiarkan sahaja. Hanya mengata dan tidak membantu. Ayahku sangat gigih. Aku meneruskan persekolahan.
Ayah kahwin. Ibu tiriku juga dapat membantu untuk menguruskan keluarga ini. Pastinya ada masalah. Kami anak yang tidak terurus. Ayah dan adik-adik berpindah ke Kampung Batu Berangkai, Kampar dari Kg. Lengkuas. Ayah memulakan kerja sebagai "jaga Motor" bermaksud menjaga jentera pam air lombong bijih timah. Waktu tidak bekerja ayah mmenjual ayam.
Kami tinggal di soyok surau dan dapurnya behampiran surau itu. Ayah sangat gigih. Mengumpul duit dan membuat rumah di tapak sekarang ini. Ayah Kahwin lagi selepas bercerai dengan ibu tiri yang dahulu. Rumah kami tanpa elelterik, dan sangat daif. Apapun itulah rumah kami. Kami dibesarkan dirumah ini. Ayah sangat gigih. Ayah bekerja 24 jam dan cuti 24 jam. Waktu cuti ayah menjual ayam dan buah-buahan. Pernah saya mengikut ayah membeli rambai di Chenderiang. Saya memanjat dan ayah mengumpulkannya. Lepas itu ayah dan saya menjualnya di Mambang diawan, Kampar. Saya rasa sangat letih. Bayangkan menaiki basikal dari kampar ke Chenderiang terus ke Mambang diawan dan balik semula.
Ayah sangat gigih.
Saya mula bekerja. Menghantar wang kepada ayah. Yang tidak dapat saya lupakan. Saya memberikan wang gaji pertama saya sebagai guru sebanyak RM 100.00. Ayah merenung saya dengan renungan yang tidak sapat saya gambarkan. Ketika itu gaji ayah sebagai Jaga motor sebanyak RM 90.00. Ayah diam dan balik ke kampar. Kami terus membesar.
Kini segalanya tinggal sejarah. Semoga Allah merahmati ayah. Semoga rohnya ditempatkan dalam orang-orang yang Soleh. Ayah sangat gigih.

perjuangan.

Saya begitu tertarik dengan kerajaan perpaduan yang sekarang ini diwar-warkan oleh ramai orang. yang menariknya kerajaan ini akan membabitkan dua petubuhan siasah Melayu yang terbesar di negara ini. Didoakan semoga berjaya Insya
allah.
Sejarah telah membuktikan perpaduan orang Melayu menjadikan negara ini sangat aman, stabil dan melimpahkan rezeki kepada semua bangsa dan etnik di Malaysia. Perpaduan orang Melayu membantutkan penubuhan Malayan Union. Melonjakkan orang Melayu selepas May 13.
Banyak lagi yang tidak dpat dicatatkan di sini. Mari kita sorot pergaduhan pembesar Melayu di Perak seketika dahulu. Puak Hai San telah menyokong sebelah dan Ghee Heng menyokong sebelah puak. Kemenangan sebelah pihak pembesar Perak menyebabkan keuntungan kepada bukan satu puak tetapi kepada orang Cina di Perak ketika itu. Orang Melayu rugi kerana telah memberikan hak kepada puak cina ini semasa perjanjian. Semasa menuntut kemerdekaan orang Melayu dengan rela telah memberikan kerakyataan kepada mereka. Tidak cukup itu kita rela memberikan kemewahan dan persamaan kepada mereka. Kita orang Melayu terus tinggal di kampung. Mutahir ini kita berikan pula biasiswa keluar negara kepada mereka. Apa yang kita tinggal. Kita terus beralah dan memberi untuk keamanan dan keharmonian. Apa yang kita ada.
Orang Melayu terus berpecah. Daripada UMNO tertubuhnya PAS dan pecahan parti lain yang telah pupus. Melayu berpecah lagi dengan adanya PKR. Ada juga orang Melayu dalam PPP, Gerakan dan DAP. Kita berbangga kut kerana kita ada di semua tempat. Kita tidak mengira apakah yang ada dan perjuangan yang dilakukan oleh parti-parti tersebut.
Dewasa ini telah ada ura-ura untuk menubuhkan kerajan perpaduan, orang Melayu patut bertindak proaktif untuk merealisasikan kerajaan ini. Tidak kira orang UMNO, Pas, PPP, dan NGO serta kumpulan Tablik dan orang kita yang buat tidak peduli dengan politik bersatu untuk mendesak agar perancangan ini dinobatkan. Ambil tulisan minda Dr. Maza ..iaitu ajarannya bukan kepada kepentingandiri, parti atau apa sahja, serta menyatakan kita dalam kalangan kaum muslimin. Maka muslim atau Islam itulah identiti kita merentasi segala identiti dan ideologi...
Orang UMNO dan Pas marilah kita bersatu untuk membentuk kerajaan perpaduan. Jika kita bersatu tentunya kepentingan bangsa kita terjaga dan kita dapat menjaga kepentingan rakyat Malaysia yang lain. Hanya dengan perpaduan ini sahaja kita akan berjaya. pastinya banyak ranjau dan onak untuk membentuk kerajaan ini. Kita berpandukan Quraan dan Sunnah dan berkiblat yang sam, berbaju yang sama. bahasa yang sama, makanan yang sama dan citaraasa yang sama. Mengapa kita tidak boleh bersama. Pihak UMNO perlu berendah hati dan berhemah. PAS pula buangkan rasa tinggi diri dan kembali kepada perjuangan. InsayAllah kita akan berjaya.
Ayuh kita bersatu sebelum kita menjadi Plastin dan Labnon. AllahHuakbar.

Thursday, June 11, 2009

timesquare

Beberapa hari yang lalu saya membawa anak-anak ke Kuala Lumpur. Bercuti dan bersama anak-anak untuk lebih mendekati mereka. Anak mengajak ke Timesquare untuk bermain bowling dan menaiki rollercoster. Dalam suasana yang susah untuk sampai ke destinasi ini akhirnya kami sampai. Anak-anak memulakan permainannya dengan menaiki rollercoster. mereka sangat gembira. Selepas itu bermain bowling.
Waktu zohor saya dan anak-anak bersembahyang di kawasan ini di tingkat lapan. Syukur kepada Allah ramai yang bersembahyang. Anak-anak muda bersembahyang. Ramai anak-anak muda belasan tahun bersembahyang. Saya sungguh berasa bangga kerana di zaman ini masih ramai anak-anak muda menunaikan suruhan Ilahi. Alhamdulilah. saya sedikit terkilan kerana anak-anak tersebut sembahyang, apabila sujud ternampak aurat. Mereka memakai kemeja t yang singkat. Ini menampakkan aurat. Saya berpesan agar apabila sembahyang masukkkan baju ke dalam seluar supaya semasa sujuk tidak nampak aurat. Semoga anak-anak bersembahyang tidak batal. Semoga anak-anak muda berjaya.

Saturday, June 6, 2009

mesyuarat cawangan.

Bulan ini bermula mesyuarat cawangan UMNO. Selamat bersidang. Semoga mendapat keredoan daripada Allah. Semoga dapat membincangkan hala tuju orang Melayu Khususnya. Persidangan ini amat penting kerana seranan dan cadangan adalah daripada akarumbi. Justeru itu dipohon agar semua ahli UMNO dapat memberikan cadangan dan saranan. Jangan hanya memohon untuk membaiki pagar surau dan kepentingan fizikal sahaja. Mari kita sama-sama memikirkan untuk kemajuan bangsa dan negara tercinta ini.
Kita banyak dan mendengar pelbagai tuntutan daripada kaum Cina dan India. Apa pula tuntutan daripada kaum kita. Sudahkah kita berpuas hati. Banyak yang kita lihat dan dengar yang diberikan kepada mereka. Jadi bagaimana pula dengan kita. Banyak yang kita kongsi bersama tetapi mahukah mereka berkonngsi bersama. Kerajaan berikan pelbagai kemudahan dan pertolongan untuk mereka. Orang Melayu akur. Apa pula yang akan kita dapat.
Sejarah membuktikan kita memberikan mereka kerakyatan. Pemimpin merekapun mengatakan tiada bangsa di dunia ini yang begitu pemurah seperti bangsa kita. Tahun 2009 mereka menuntut pelbagai benda. Menuntut kesamarataan dalam pelbagai bidang. Kita diam dan hanya menggeleng kepala sahaja. Peruntukan yang sangat banyak kepada sekolah mereka. Kita diam sahaja. kita bangsa yang suka memberi.
Di mesyuarat cawangn UMNO kali ini bentangkanlah pula kehendak kita. daripada sekolah hinggalah ke antarabangsa untuk kepentingan kita pula. Selamat bersidang.

Tuesday, June 2, 2009

kawan,sahabat,teman,rakan,taulan

Dalam hidup ini kita bertemu dan berjumpa pelbagai orang. Ada yang menjadi kenalan, kawan, rakan, sahabat dan pelbagai sebutan. Mungkin kita berbaik, sangat baik, jelikit dan pelbagai sebutan. Apapun yang di perkatakan kita mempunyai ramai kenalan. Kenalan ini akan berubah menjadi sahabat, rakan dan yang lain. Ini mengikut tahap hubungan kita. Hubungan itu pula bertindak dua hala. Mungkin kita sangkakan dia sahabat. dia menjadikan kita rakan sahaja.
kawan bersama kita senang dan susah. Sahabat bersama kita senang, susah dan bersimpati dan sedia membantu serta menolong. Teman sekadar menegur sapa dan berkenalan. Rakan seperti kita di dalam kelas. Rakan sekelas. Taulan mempunyai sedikit hubungan. Kenalan pula hanya berkenalan.
Tidak ramai yang menjadi shabat. Yang ramai hanayalah menjadi rakan. Arwah ayah saya mengatakan ramai kawan ketawa tetapi tidak ramai kawan menangis. Kata keramat itu memang berlaku dan sentiasa berlaku. Ramai kawan yang bersama kita tetapi tidak ramai yang sama menangis. Mungkin itu lumrah alam.
Dalam dunia politik. Hari ini kawan esok mungkin musuh dan lusanya teman dan kahirnya taulan. Masa ketawa dalam politik semua menjadi kawan. Semua menyatakan sahabat. Jika kita hendak tahu setakat mana hubungan itu, masa kita menangis. Di mana mereka. Kita sahaja yan menangis. Yang kita sangkakan dahulu rakan rupanya sahabat. Itulah dunia politik.
Dunia poliitik. Dunia yang penuh dengan pelbagai seni. Seni berkawan dan seni bermusuh. Akhir kata selamat bersidang sahabat, kawan, teman, rakan dan taulan. Tidak apa kawan, roda sentiasa berpusing. tq.

Sunday, May 31, 2009

chin peng

Orang malaysia ini memang suka bersembang dan memikir benda yang tidak perlu difikirkan. Si Chin Peng ni tak perlu difikirkan kerana biarkanlah dia. Jangan tulis dan sebutkan lagi. Jika diungkitkan pun tidak ada apa yang kita dapat. Pergi jahanam dia.

Ini sebuah cerita yang perlu difikirkan. Pada suatu hari orang Kampung Batu Berangkai, Kampar membuat rombongan ke Tanjung Rambutan. mereka bertujuan untuk melawat orang gila di rumah sakit ini. Sampai sahaja di pintu masuk hospital ini, bas diberhentikan. Ketua rombongan Encik Koyen pun turun. Pergi berjumpa pengawal dengan menunjukkan surat kebenaran melawat. Pengawal akur dan membuka pintu. Bas dihidupkan injinnya. Mula nak bergerak. Semua yang ada dalam bas sangat teruja hendak melihat susana di hospital ini. Tiba-tiba pengawal pintu menutup pintu semula. Cik Yam, En Nordin sangat marah. Tadi kata boleh masuk. Semua orang terdiam. Pemandu bas memberhentikan injinnya semula. Semua yang di dalam bas gelisah. Wan Nin, Kak Gayah dan Kak Salmah turun. cuaca sangat panas. Semua orang turun dari bas.

Tiba-tiba kelihatan seorang pesakit berlari. Dikejar oleh pegawai dan jururawat. Dia berlari dan terus memanjat tiang bendera. Terus kepuncak tiang bendera tersebut. Ahli rombongan semua menyaksikannya dengan penuh rasa ingin tahu. Pegawai DNA, jururawat, memekik menyuruh pesakit itu turun. Pesakit tersebut terus memaut tiang bendera. Seorang pembantu perubatan berkata bahawa pesakit ini pekak, bisu, buta dan gila. Semua pegawai tadi terdiam. Mereka mati akal untuk menyuruhnya turun. Peserta rombongan ternganga. Macam mana nak buat. Hendak dipanggil tidak dengar. Hendak digamit pesakit ini buta. Ini perkara yang rumit.

Jam berbunyi pukul 12.00 tengahari. Semua pesakit beratur untuk mendapatkan makan tengahari. Pegawai dan jururawat yang memerhatikan pesakit tadi bertugas semula. Ada dua orang attendent sahaja yang menunggunya. Tiba-tiba pesakit tadi meluncur turun. Berlari terus ke dalam wad. Terus baring.

Peserta rombongan dibenarkan masuk ke hospital itu. Peserta rombongan masing-masing bertanya mengapa dia turun. Mengapa dia naik. Mengapa dia buat begitu. Semua peserta rumbungan berfikir. Dan terus berfikir. Macam-macam jawapan diberikan.

En. Yunus mengatkan dia letih.
Pak din mengatkan dia (pesakit) itu nak makan.
Kak Didah kata pesakit itu tak tau nak buat apa.
Dan banyak lagi jawapan diberikan.
Mereka terus berfikir.

Jawapanya diberikan oleh seorang guru.
Buat apa nak fikir. Hal orang gila pun orang nak fikir. Inilah tabiat orang Malaysia semua nak difikirkan. Sampaikan hal orang gilapun nak difikirkan. Baik kita fikirkan bagaimana nak memajukan Kampung Batu Berangkai.

Wednesday, May 27, 2009

gulai pucuk ubi tumbuk

Pokok ubi (gambar dari : http://tintarestu.com/Pucuk-ubi-kayu.jpg)


menu ini adalah makanan orang mendaileng.

bahannya:


  1. pucuk ubi.

  2. santan

  3. ikan bilis

  4. bunga kantan

  5. nanas

  6. cendawan kukur (jika ada)

  7. cabai burung

  8. sebuk kunyit

Cara memasaknya.



  1. pucuk ubi ditumbuk atau diblender.

  2. bawang,cabai, kunyit ditumbuk hingga halus.

  3. bahan di atas direbus.

  4. masukkan ikan bilis, bunga kantan, nanas(dipotong kecil).

  5. masukkan santan.

  6. garam secukup rasa.

  7. biarkan menggelegak.

siap untuk dimakan. ada juga orng yang menggatikan ikan bilis dengan keli bakar ataupun ikan bakar yang lain. selamat mencuba. tq.

Sunday, May 24, 2009

program realiti tv.

kebelakangan ini sangat banyak program realiti tv di semua saluran tv. contohnya akademi fantasia dan yang lain lagi. jika disenaraikan pastinya lebih daripada jari tangan. maka berlumbalah anak-anak bangsa menyertainya. ibu dan ayah serta keluarga akan menyokongnya dan memberikan galakkan. tidak kira perempuan atau lelaki para peserta yang memasukinya akan bersungguh -sungguh untuk memenagi program tersebut. Di hujung rancangan pemenang atau johan akan diberikan pelbagai kemudahan dan wang. syabas.
Terfikirkah kita. berapa masa yang dibuangkan untuk tujuan tersebut. berapa tenaga dan wang yang dilaburkan untuk tujuan tersebut. program ini juga membabitkan penonton di rumah. tentunya bangsa kita juga. kita menghabiskan wang, elekterik, masa, tenaga dan terpaku di tv. Para peserta pula berpakain tidak senonoh, pergaulan yang tidak mengikut landasan islam, tidak tentu waktu sembahyang. bangsa juga rugi kerana semua ini melupakan akademik dan agama. dewasa ini menjadi satu kemegahan menjadi johan dalam program realiti tv. menjadi penghibur utama. orang lain berusaha untuk maju dalam akademik, R&D, dalam ekonomi dan ketamadunan. kita terkinja-kinja dalam program tv.
Sekolah tidak mengajar kita begitu. kenapa kita begitu?. kita hendakkan glamer dan terkenal. Hendak dapatkan kemewahan secara senang. Saintis bertahun-tahun untuk mencipta sesuatu. penyanyi hanya sedikit masa sahja. tidak perlu belajar tinggi. hubaya-hubaya bangsa ku.

sembahyang dhuha

Betapa nikmatnya bersembahyang dhuha. Sembahyang ini sembahyang sunat yang dituntut. dilakukan pada waktu duha kira-kira pukul 8.00 hinggalah 10.00 pagi. ada sumber yang mengatakan lebih pada itu. Ambillah kesempetan untuk sembahyang dhuha. yang bekerja di pejabat selepas minum teh pagi bolehlah sembahyang dhuha. tidak sampai lima minit. Jangan kata pasal tidak ada masa. jika dilakukan nescaya ada masa. minum dan bersembang tetapi jangan lupa bersembahyang dhuha. banyak fadilatnya. Nabi SAW tidak pernah tinggal sembahyang dhuha ini. Cubalah pasti anda akan menikmatinya. Sembahyang dhuha dengan penuh ikhlas. Jangan pula tidak sembahyang wajib.
Selepas sembahyang dhuha pasti anda terasa segar dan penuh keyakinan. Allah akan memberikan rezki yang lebih. Kita lakukannya untuk keredoaan daripada Allah. Sembahyang dhuhalah. tq.

Tuesday, May 19, 2009

hindraf lagi.

hindraf adalah sebuah pertubuhan haram. bermaksud tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang. Di Malaysia ini pertubuhan yang macam ini pun boleh bersuara. di negara lain berkata tentang pertubuhan macam inipun tidak boleh. ini menunujukkan kerajaan terlampau berlembut. orang Melayu memang bangsa yang sangat berembut dan akhirnya memakan diri sendiri.
jika dibiarkan lama-lama akan menjadi seperti ltte di seri Langka. pada masa itu baru kita menyesal. pepatah melayu ada menyatakan api semasa kecil menjadi kawan dah besar akan membakar kita. banyak tindak tanduknya yang menyakitkan hati orang melayu. yang menyusahkan rakyat malaysia yang taat dan setia kepada negara yang tercinta ini. diharap kerajaan mengambil tindakan yang tegas. jangan berlembut. jangan biarkan api yang kecil ini merebak menjadi yahudi yang menguasai plastin. peduli apa orang kata. ikut macam negeri china dan seri langka buat apa yang perlu untuk kepentingan negara dan rakyatnya. kepentingan rakyat yang mencintai keamanan dan tidak perkauman. syabas menteri dalam negeri dan ketua polis negara.

pilihanraya penanti

BN telah membuat keputusan tidak bertanding dalam pr kecil dun Penanti. keputusan itu muktamad dan telah mengambil kira pelbagai sudut. itulah keputusan.
Sejarah telah membuktikan apabila sesuatu itu hendak maju, berjaya, cemerlang mestilah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. UMNO telah menempuh pelbagai cabaran. pastinya lebih maju. tidak masuknya bn dalam pr kecil penanti mengurangkan bn kepada cabaran. Orang dan negara yang berperang akhirnya lebih maju. ambil contoh jepun dan german yang berperang dan telah maju dan mencapai kejayaan. jadi bn kerugian apabila tidak bertanding di Penanti. kerugian ini bukan kerana kalah atau menang tetapi rugi dari segi peperangan. setiap peperangan kita memerah otak, tenaga dan senjata. BN tidak dapat menggunakan ini. pengelaman dan strategi di medan sangat penting.
baiknya ada juga. pihak satu lagi juga tidak dapat pengelaman kerana tidak berperang. mungkin juga mereka telah menyediakan alat, strategi dan senjata. pastinya mereka akan menggunakan kelengkapan ini untuk peperangan yang mendatang. BN rugi lagi.

Monday, May 18, 2009

waktu minyak naik harga

cucu yang tua berumur 4 tahun ketika itu. kami berkumpul sekeluarga. berbincang kosong. gelak ketawa dan bercerita aneka benda. tiba-tia seorang anak menyatakan sekarang minyak naik harga. opahnya pun kata minyak dalam kereta tak ada. jika nak bawa kereta kenalah isi minyak. tiba-tiba ilhan berkata di rumahnya banyak minyak. opahnya pun bertanya. banyak ke dan di mana. ilhan dengan bersahaja berkata ibu banyak membeli minyak. dengan loghat utara ilhan berkata di rumahnya ada banyak minyak mastika. kami semua ketawa. minyak mastika minyak untuk disapu ke perut budak. falsafahnya setiap orang mendifinasi sesuatu mengikut tafsirannya.

Sunday, May 17, 2009

ikan keli

hari ini pertama kali menternak ikan keli secara orgenik. 10 000 anak ikan keli berukuran 2 in. telah dilepaskan kedalam kolam yang dibina di kampung attaduri langkap. mudah-mudahan berjaya. teknik organik ini menggunakan bahan organik yang dibeli daripada sebuah syarikat melayu di taipeng. mohon respon dari penternak lain untuk lenbih lanjut dan juga nasihat. tq.

Friday, May 15, 2009

hari guru.

Selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia. yang masih bertugas dan dan bersara. Hari ini mengimbau semula kira-kira 20 tahun yang silam. ketika itu bertugas di smk Dato' Sagor Langkap. Di sekolah ini terdapat beberapa kumpulan pelajar yang mengenali gang atau kumpulan mereka dengan cara-cara yang tertentu. Contohnya memijak tumit kasut semasa berjalan.
Pukul 12.00 tengahari saya ke tempat parking kereta untuk mengambil sesuatu. sebelum sampai kekereta seorang pelajar lalu. dia memijak tumit kasutnya. saya memerhatikannya. dia lalu dan tidak mengindahkan saya. saya memanggilnya. dia datang dan melihat saya selamba sahaja. saya terus menampar pelajar ini. beliau diam sahaja. seterusnya saya bertanya mengapa kamu memakai kasut memijak tumitnya. kamu juga sebahagian daripada kumpulan-kumpulan yang terdapat di sekolah ini. dia dengan muram menyatakan kasutnya sempit. tidak dapat dipakai jika tidak dipijak tumitnya. saya termenung sejenak. mengapa tidak membeli kasut baru. dia menjawab tidak ada duit. ayah kamu kerja apa? ayahnya telah meninggal dunia. emaknya bekerja dikebun cina sebagai buruh. mempunyai ramai adik-beradik. Saya terpegun. Saya menyesal. saya sangkakan pelajar ini seperti pelajar lain yang bergang. akhirnya saya mengajak pelajar ini menaiki kereta saya ke kedai.
selamat hari guru. Terima kasih cikgu. cikgu juga manusia biasa yang boleh membuat kesilapan.

Wednesday, May 13, 2009

Tatapan anak dan menantu.

Gambar semasa passing out Idi di Port Dickson, Awwam tidak hadir




Assalamualaikum.

Ayah ucapkan salam dan syukur kepada Allah kerana kita saling hormat menghormati dan diberkatiNya. Pemberian Allah yang tidak dapat kita ungkapkan, hanya Dia yang maha mengetahui. Anak-anak semua dalam kandungan yang sihat dan diberkati Allah.

Kepada yang tua syukurlah nikmat yang didapati, berusahalah untuk mencapai yang lebih tinggi dalam kerjaya dan akademik. Ayah masih ingat di suatu masa dahulu. jika ayah terus berusaha mungkin ayah lebih maju. diharap Ul dan Shahrun lebih berjaya.


Faiz, teruskan usaha mu. ingatkan Allah. jangan asyik nak memikirkan kehandalan fizikal sahaja. ketakwaan dan kebijaksanaan lebih utama. fikirkanlah. xkan setakat itu sahaja. bila nak sambung belajar. itu harapan ayah.


Ati dan Zarir usaha dan terus berusaha. jangan jemu dan lugu. ingatkan Allah. tentu berjaya. lebih kreatif dan inovatif. semoga menjadi usahawan 7yang sangat berjaya.


Idi. Tahniah. ini permulaan. idi boleh berjaya.

Awwam, berusaha lebih kuat. ingatkan Allah. tentu berjaya.