Friday, October 23, 2009

budjet 2010

4.00 petang 23 Oktober 2009 Perdana Menteri Malaysia membentangkan budjet 2010. Banyak yang dicadangkan dan akan dijalankan. Tahniah dan syabas diucapakan kepada kerajaan kerana budjet tersebut banyak memehak kepada rakyat. Penambahan pelepasan cukai pendapatan individu sangat dialu-alukan. Kepada pelajar yang cemerlang akan mendapat biasiswa ke universiti tersohor dunia. Pinjaman PTPTN dijadikan biasiswa kepada peminjam yang mendapat ijazah pertama. Bersungguh-sungguhlah anak bangsa ku. Orang macam saya juga mendapat secara terus dari budjet ini dengan wang sebanyak rm 500.00. Terima kasih kepada kerajaan dan syukur kepada Allah.
Banyak lagi yang ditawarkan oleh kerajaan dalam bajet kali ini. Lihat dan prhatikanlah agar kita mendapat peluang dan bekepentingan dalam bujet ini. tanks.

Wednesday, October 21, 2009

sekolah ku

Saya memulakan sekolah pada tahun 1956 darjah satu di Sekolah Kebangsan Lengkuas. Saya dimasukkan awal oleh ayah. Tidak tahu kenapa dan cikgu sekolah itu bagi pulak. Mungkin sistem masa itu tidak ketat. Sekolah ini hanya ada satu blok bangunan kayu yang dicat dengan warna hijau. Pada pagi hari pertama saya dihantar oleh ayah ke sekolah dengan menaiki basikal. Pakaian yang seba baru. tidak tahu apa-apa. Duduk. Memerhati sekolah. Ada yang menangis. Saya diam sahaja. Mengapa ke sekolah? itupun saya tidak tahu. Ada eramai lima orang dalam kelas ini. Saya, Lan, Daud, Aishah dan endon. Mereka tua setahun daripada saya. Pelajaran pertama ialah mengeja. mengeja dari buku yang bergambar. Kulitnya keras. Gambarnya besar dan tulisan nya sedikit. Perkataan pertama Abu Bakar. Orang dalam gambar itu bernama Abu Bakar. Saya rasa sangat senang untuk mengingatnya. Sebulan Kemudian saya telah boleh mengeja dan membatang perkataan. Buku tersebut saya boleh baca. Di rumah saya membaca depan emak dan ayah. Emak dan ayah saya sangat gembira. Adik-adik saya ternganga kerana saya boleh membaca. Walaupun umur saya rendah setahun daripada rakan sekelas tetapi saya yang pertama boleh membaca dan mengira. Dari sehari ke sehari saya terus maju di sekolah.

Darjah dua di sekolah ini. Saya boleh membaca dn mengira dengan baik. Boleh menyebut beberapa patah perkataan inggeris. Yang hebatnya saya boleh menulis tulisan jawi dengan baik. Dalam satu pertandngan yang tidak formal yang dijalankan oleh cikgu waktu tengahari sebelum balik, Saya orang yang pertama mendapat jawapan. Pertandingan ini diadakan daripada darjah dua hingga darjah enam. Sewaktu hendak balik saya terdengar cikgu berkata anatara mereka budak ini sangat bijak. Saya rasa hebat dan bangga. Sampai dirumah saya bagi tahu emak dan ayah. Mereka ketawa dan menyatakan besar nanti boleh kerja dengan kerajaan

Monday, October 19, 2009

Terkenang

Pada 17 Oktober yang lalu saya pergi ke Kg. Cheh, Taiping. Ambil makan Siti Fatimah. Perjalanan dan sampai ke tempat tersebut mengikut jadual. Tahniah. Selepas makan saya dan isteri terus ke Penang. Berkunjung kerumah Ulfarisya (along).
Di perjalanan saya melihat sebuah kereta lama. Kereta inilah satu masa dahulu pernah sya impikan untuk memilikinya. Tetapi tidak berjaya. Saya mengenali kereta ini di Bagan Serai tahun1973. Saya bekerja sebagai buruh penyembur nyamuk di pejabat kesihatan Bagan Serai. Selepas latihan di Dusun Tua saya mendapat jawatan ini bergaji $360.00 sehari. Saya bekerja dengan penuh komited. Kereta itulah yang terletak di garaj Pejabat Kesihatan. Di punyai oleh Inspektor nyamuk. Memohon jawatan tersebut tetapi tidak berjaya. Memohon jawatan pengawas kesihatan awam juga tidak berjaya. Saya puutus asa. Untuk memiliki kereta ini juga saya hapuskan dari fikiran saya.

Sekian.

ucapan presiden.

Minggu lepas saya pergi ke persidangan UMNO Malaysia. Sekali lagi saya menjadi pemerhati. Alhamdullah saya dapat mendengar dan menakkul ucapa presiden dan beberapa pembahas. Saya ucapkan syabas dan tahniah atas ucapan Presiden Dato Seri Najib Tun Razak. Penuh betenaga dan diolah dengan bijaksana. Orang-orang UMNO kena ambil perhatian. Bersama kita memacu kenderaan UMNO yang begitu baik. Semoga kita semua berjaya untuk agama dan bangsa dan negara. Banyak yang disentuh oleh presiden. Jangan di PWTC kita berkobar-kobar, balik di takukuk lama juga. Akhirnya bangsa kita juga yang hancur.
Cantas mencantas. Salah satu topik yang di war-warkan oleh presiden parti. Orang UMNO memang suka begini. Mula-mula naikkan seseorang kemudian jika tidak berapa setuju cantas. Cari orang lain. Tidak setuju cantas. Akhirnya yang tinggal hanyalah tunggul. Kemana bangsa kita. Kita yang tersepit.
Pada 18 Okktober lalu saya membaca tulisan Ridzuan Tee. Tulisannya cukup bermenafaat terutama kepada orang Melayu. Bacalah. Takkullah. InsyaAllah kita orang Melayu akan sedar.
Jika diperhatikan pemerhati yang datang ke PWTC tidak sampai 20% yang mendengar ucapan presiden. Jka mendengarpun secara sambil lewa sahaja. Saya menyeru kepada pemerhati agar dapat mendengar dan terus mendengar ucapan dan perbahasan. Ini menjadikan kita mendapat bahan dan berfikir dengan lebih kritis. Ramai yang hanya mundar mandir dan membeli belah. Bukan tidak boleh begitu, buatlah itu sebagai sampingan. Ada juga saya lihat perwaklan yang tidak begitu endahkan ucapan presiden. Ada yang tidur. Bangunlah Melayu. Bangunlah pemimpin Melayu. Bergerak dan terus bergerak dan jangan berdengkur.
Teruskan perjuangan.

Tuesday, October 13, 2009

perhimpunan agung umno

Assalamualaikum whb.

Esok saya akan ke pwtc untuk melihat dan bersama dalam persidangan UMNO 2009. Kali ini saya bukan perwakilan. Saya pergi kerana komited terhadap UMNO. Perhimpunan kali ini akan melakarkan sejarah kerana UMNO akan membuat pembaharuan. Merakyatkan perjuangan UMNO. Syabas. Semoga UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia.

terima kasih.

jumpa lagi

assalamualaikum whb.

Telah sekilan lama tidak bersama blog ini. Bukan kerana lesu dan bosan tetapi kerana banyak kerja dan tanggungjawab kepada hablum minaallah dan hablumminanans. saya mengucapkan, belum terlewat dengan ucapan Selamat Hari Raya aidilfitri maaf ZAHIR dan bathin. Pastinya saya banyak membuat kesilapan dan kesalahan. Tentunya kesilapan dan kesalahan ini kepada orang yang terdekat, hampir, jelekit, bersama dan yang mengenali. Tentu sekali kepada Isteri yang sentiasa memberi dorongan, nasihat,motivasi, kecil hati, besar hati, terpendam dan berhempas pulas bersama untuk hidup bersama dan terus hingga ke hari ini. Saya memohon ampun dan maaf.
Kepada anak-anak Ulfarisya, M khirul Faiz, Ulfatiqah, Fadlan dan M Aqwam tentu sekali ayah ada membuat salah. Dalam hidup ini tentunya ayah membuat keputusan yang tidak dipersetujui. Mungkin dianggap sangat garang. Mungkin dianggap tidak adil. Mungkin tidak bersetuju banyak hal. Percayalah ayah mempunyai objektif untuk melihat kamu semua mejadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Berjaya dan terus berjaya. InsyaAllah. Maafkan ayah.
Kepada menantu, Sharul dan Zarir ayah juga memohon ampun dan maaf. Ayah menganggap menantu sebagai anak sendiri. Maafkan lah isteri kamu, mungkin latihan dan cara mereka berfikir tidak mengikut kehendak kamu. Itulah isteri kamu yang dilahirkan dan dididik oleh keluarga ini yang mungkin tidak begitu baik. Ajarlah mereka dan didikalah mereka. Pastinya kamu dapat hikmahnya dan diredoi oleh Allah. Hidup bekeluarga ini tentu ada pasang surutnya. Tentu ada yang tergigit. Kamu dididik dan dibesarkan oleh keluarga kamu. Isteri kamu dididik oleh keluarga ini. Pasti berbeza. Pasti pandangan, cara, citarasa, berfikir , bertindak, meluahkan pandangan, cara bertindak dan bertutur berbeza. Oleh itu, itulah isteri kamu dan bimbinglah mereka. Marahlah mereka sebagi seorang isteri. Didiklah isteri kamu dengan penuh kasih dan yang dianjurkan oleh sunnah. Jangan jadikan isteri kamu menjadi serba salah, rasa terhina, rasa terpencil, rasa dendam, rasa jahiliah dan merana. Mungkin inilah coretan terakhir saya kepada menantu sebelum menjadi arwah.
Kepada semua anak saudara yang tidak dapat ditulis nama-namanya saya pak long, cik Umar memohon ampun dan maaf. Banyak yang saya lakukan tidak menyebelahi kamu. Saya kelihatan agak garang, sombong dan agak meninggi diri, inilah saya. Saya mahu kamu semua menjadi orang yang berani dan mencapai akedemik dan kemahiran yang baik. Syabas yang berjaya dan teruskan usaha kepada yang masih terkial-kial. Maaf zahir dan bathin. Yang telah berhari raya kerumah diucapkan terima kasih dan yang tidak datang juga datang di tahun hadapan. Sila tulis alamat dan no telefon di blog ini agar saya boleh datang dan mengingati kamu.
Sekian. memohon ampun maaf.