Sunday, February 21, 2010

152

Assalamualaikum.
Perlembagaan 152 tentang Bahasa Melayu Bahasa rasmi di Malaysia. Boleh dikatakan seluruh negara di dunia ini menggunakan bahasa rasminya sendiri dan dimurtabatkan. Perancis, Jepun, Brazil dan beberapa negara lain tidak akan menggunakan bahasa lain selain bahasa rasminya. Malaysia bagaimana?.
Kita lihat sahaja di papan iklan dan papan nama kedai, adakah bahasa Melayu. jika adapun tulisannya kecil dan ambil ada sahaja. Nama jalan juga ada dua bahasa atau lebih. Nama taman perumahan juga nama keinggerisan. Nama Syarikat juga bernama tidak melambangkan Bahasa Melayu. Bercakap juga tidak berbahasa Melayu. Berurusan di pejabat swasta menggunakan bahasa inggeris dan cina. Di mana bahasa rasmi Malaysia. Di lapangan terbang, Pelabuhan dan pintu masuk Malaysia semuanya menggunakan bahasa inggeris dan bahasa lain. Arahan dan petunjuk juga menggunakan bahasa inggeris. Malu sangatkah kita dengan bahasa ini?.
Tidak profesional dan berilmu jika kita berbahasa Melayu. Jadi semua orang merasakan mesti berbahasa inggeris. Bukan pula saya anti bahasa inggeris tetapi biarlah bahasa itu menjadi bahasa kedua yang betul kedua.Ini bahasa itu kedua tetapi utama. Marilah kita semua rakyat Malaysia menggunakan Bahasa rasmi kita dengan penuh hormat dan rasa tanggungjawab. Tanpa bahasa ini akhirnya negara ini menjadi singapura.

No comments:

Post a Comment