Friday, February 19, 2010

telekom TM

Minggu lepas saya berkesempatan bersama anggota TM Perak di Dewab Bandar Raya Ipoh dalam satu program yang di namakan juara aspirasi. Saya sebenarnya mengikuti isteri, ahli keluarga TM juga di jemput sama. Ini lah pertama kali saya mendengar ucapan daripada seorang ketua TM Perak, Tuan Haji Mohd Ali Nordin jika saya tidak silap. Ucapannya bersahaja dan dibantu oleh komputer. Pada awalnya saya malas untuk mendengarnya kerana saya tiada kaitan. Saya tumpukan perhatian juga.
Saya terkedu. Barulah saya tahu bahawa TM bukanlah sebuah syarikat yang terbesar di malaysia dalam bidang telekominikasi. Yang terbesar Maxis. Modal dan keuntungannya mengalahkan TM begitu jauh. Sedih mendengarnya. TM adalah sebuah GLC. Sepatutnya menjadi sebuah syarikat Telekominikasi yang terunggul di Malaysia. Ini adalah aspirasi rakyat dan untuk negara terus maju. Sejarah telah membuktikan bagaimana Thiland hilang kerajaannya kerana penjualan syarikat telekominikasinya. TM adalah maruah orang Melayu dan negara. Hasil dari intipati ucapan tersebut saya dapati TM mengalami kerugian kerana beberapa sebab. Sebab utamanya kecurian kabel telefon yang menelan belanja 300 juta ringgit tahun lepas untuk negeri Perak sahaja.
Ramai orang komplain telekom Merujuk TM tidak cepat membaiki kerosakan. Lambat. Berurusan dengan telekom lembab. Buat kerja ambil siap sahja. Menjawab telefon lambat dan tidak mesra pelanggan. Pergi ke TM Point masalah tidak dapat diselesaikan. Panjat tiang telfon seorang menunggu sampi dua orang. Dan banyak lagi. Semua ini kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.
Sebenarnya TM telah banyak berubah. Perkhidmatanya sungguh memuaskan. cepat memperbaiki kerosakan. Panggilan dijawab dengan penuh hormat dan mesra pelanggan. Cuba Telefon 100 lega rasanya jawapannya. Pergi ke TM Point disambut penuh mesra di tatang apabila kita hendak balik. Sungguh hebat. Masih ada kekurangan kerana ada yang mukanya tidak senyum. Tidak memberi panggilan sesuai kepada pelanggan. Masih lagi panggil pak cik, mak cik mengapa tidak gunakan puan, encik dan tuan. Ini semua menjadikan imej TM merosot. Ini berlaku kerana dalam 30 orang anggota TM Point terdapat seorang berkelakuan sedemikian. Kawan-kawan saya ada mengatakan mereka tidak hormat dan kurang senyum.
Berbalik kepada ucapan Ali Nordin, beliau merayu agar semua pekerja menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan melampui ruang lingkup kerja. Saranannya mengubah pradigma sangat diperlukan. Membuat sesuatu yang luar daripada ruang lingkup kerja harian. Mencipta sesuatu agar kerja dan cara kerja serta pendekatan dapat memikat hati pelanggan. di celah ucapan itu saya terdengar beberapa orang berkata ah dia boleh kata macam2 tapi kita yang kerja. Masa ini le nak cakap hal kerja. dan ...
JIka inilah berlaku TM akan menjadi seperti tang tu juga.
Syabas dan tahniah TM Perak yang berjaya mengadakan malam juara aspirasi. Kekurang seprti pa sistem sepatutnya tidak berlaku. Sekian.
Masa ini dia hendak bercakap tentang kerja.

2 comments:

  1. aisey...cam mana nak sokong TM..nak apply streamyx..tp tiada dalam lingkungan...bila nak apply pasang telepon...depa suh bayar pasang tiang telepon sendiri...cam mana ni???tiada pilihan lain...akhirnya...i sendiri pun guna MAXIS...kekekeke....[aci request x tiang tepon kat taman aman baru...kui kui kui]

    ReplyDelete
  2. erm semangt skali pak cik umar...sara sokong.. mcm mana melayu nk maju...

    ReplyDelete