Friday, February 5, 2010

renungan

Minggu lepas saya berkesempatan mendengar ceramah ustz Suhaimi kuliah bulanannya di surau Al Huda Langkap. Beliau menyampaikan cerita tentang seorang ustz. Tak ingat pula di mana ustaz itu. Ustz ni mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur. Tempat yang henedak di lawatinya pertama ke Kuil Hindu Batu Cave, kedua ke tokong Cina , seterusnya ke gereja katelik dan ke Masjid Negara. Setelah mengadakan persiapan ustaz dan rombongannyapun bertolak. Pesertanya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Rombongan ini sampai ke kuil hindu pada jam 10.00 pagi. Sambutan yang sangat hebat dan meriah. Makjlis penerangan tentang agama hindu di adakan. peserta rombongan sangat puas hati. Selepas itu peserta rombongan pergi ke tokong Cina. Sambutan dan majlis penerangan yang sangat hebat. peserta jug diberi makan. Kemudian peserta rombongan ke gereja. Di sini sambutan juga hebat. Ketua padri menyampaikan salam kerana beliau di masukkan ke hospital. Diberi penerangan dan aktiviti gereja. Padri yang masuk hospital juga berkesempatan hadir setelah keluar dari hospital. Jam 6.00 petang peserta terus ke masjid negara. Ustz yang membawa rombongan tercari-cari pihak Masjid. Ustz ini telah pun menulis permohonan untuk lawatan tersebut. setelah beberapa lama barulah pihak pengurusan masjid memberi tempat untuk membuat penerangan. Tidak ada orang yang hendak memberi penerangan. Terpaksalah ustz ini memberi penerangan.
Di sini apa yang kita dapat . Tidak tahulah bagaimana agama kita.

1 comment:

  1. salam...nak buat macam mana...bkan slah agama tetapi adh mmg sikap sesetengah bangsa melayu mmg begitu...sebab 2 melayu dipandang rendah oleh lain2 bangsa...bersama lah kita memajukan bangsa kita sendiri...hidup melayu..

    ReplyDelete