Sunday, March 14, 2010

kenduri kahwin

Pada awal cuti persekolahan ini sangat ramai orang mengadakan kenduri kahwin. Memang baik dan dituntut oleh sunnah. Pada 13 hb. yang lalu saya menerima 10 jemputan. Mana mungkin saya dapat melunaskan tuntan tersebut. Tidak berkemampuan Tambahan pula ada yan sangat jauh seperti di Kuala Lumpur. Yang lain di Teluk Intan, Sitiawan dan sungai manik. Saya hanya mampu pergi lima rumah. Itu pun rumah yang ke lima pukul empat petang. Saya rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan jemputan saudara dan sahabat yang mengundang. Saya memohon ampun dan maaf.

Saya ingin mencadangkan supaya kenduri kahwin masa akan datang di buat juga pada waktu petang dan malam. Ini boleh dilakukan secara berunding. Katakan satu kariah masjid dituliskan perancangan siapa yang akan mengadakan kenduri perkahwinan. Daripada statistik tersebut yang hendak mengdakan kenduri kahwin bolehlah berfikr untuk mengadan pada petang atau pun malam. Siapa yang berani untuk mencuba?.

2 comments:

  1. kl kan mmg dah buat memalam...apa kata buat dari pagi sampai mlm cam klantan...kira ok ler..dari bekpas sampai dinner..mkn kenduri jer...ok??

    ReplyDelete
  2. uiit best 2...jimat ckit duit..pagi, lunch n dinner mkn free..klu cik umar nk wat cm 2 pn cm ok jer...kenduri abg faiz ker?? hehe

    ReplyDelete