Tuesday, March 2, 2010

umur.

assalamualaiku. pada hari ini umur meningkat lagi. 59 tahun kalau kelendar Islam mencapai 68 tahun. Bila diingat memang telah lama hidup di dunia ini tetapi amalan ciput sahaja. Memohon kepada Allah agar apa yang dilakukan dan ibadah yang dikerjakan diterimaNya. InsyAllah. Namun untuk samapai ke ling lahat itu semakin hampir. Mungkin selepas ini, malam ini, esok, lusa dan .... Saya memohon ampun dan maaf kepada semua muslimin dan muslimat. Pastinya saya banyak melakukan dosa. Banyak melakukan kesalahan kepada semua muslimin dan muslimat. Saya memohon ampun dan maaf. Jika saya ada berhutang manalah tahu yang saya tidak ingat, di harap minta pada saya. Boleh juga sms pada saya. InsyaaAllah saya akan membayarnya. Jika tidak minta dihalalkan.
Kepada anak2 ayah juga memohon ampun dan maaf. Kekerasan dan keterlaluan di zaman silam mungkin menjadi kesalahan. Niat di hati untuk kejayaan anak2. Jika ayah pergi dahulu dariapada emak, jagalah emak baik2. Dia memerlukan kasih sayang anak2 terutama anak2 perempuannya. Dia pastinya sangat kesunyian. Jangan hantarnya ke pusat jagaan orang2 tua. Jangan sia2kan emak kamu semua. Dia sering meluahkan perasanya kepada ayah. Anak2..... pandangan seorang ibu yang telah tua. hantar sms, telefon n kuasai hatinya. Dia sangat memerlukan anak2nya.
Anak2 lelaki Dia memerlukann kamu. Jangan kecilkan hatinya. Ambillah dan sanjunglah agar dia tidak kesunyian. Selamat tinggal anak2.

No comments:

Post a Comment