Wednesday, October 21, 2009

sekolah ku

Saya memulakan sekolah pada tahun 1956 darjah satu di Sekolah Kebangsan Lengkuas. Saya dimasukkan awal oleh ayah. Tidak tahu kenapa dan cikgu sekolah itu bagi pulak. Mungkin sistem masa itu tidak ketat. Sekolah ini hanya ada satu blok bangunan kayu yang dicat dengan warna hijau. Pada pagi hari pertama saya dihantar oleh ayah ke sekolah dengan menaiki basikal. Pakaian yang seba baru. tidak tahu apa-apa. Duduk. Memerhati sekolah. Ada yang menangis. Saya diam sahaja. Mengapa ke sekolah? itupun saya tidak tahu. Ada eramai lima orang dalam kelas ini. Saya, Lan, Daud, Aishah dan endon. Mereka tua setahun daripada saya. Pelajaran pertama ialah mengeja. mengeja dari buku yang bergambar. Kulitnya keras. Gambarnya besar dan tulisan nya sedikit. Perkataan pertama Abu Bakar. Orang dalam gambar itu bernama Abu Bakar. Saya rasa sangat senang untuk mengingatnya. Sebulan Kemudian saya telah boleh mengeja dan membatang perkataan. Buku tersebut saya boleh baca. Di rumah saya membaca depan emak dan ayah. Emak dan ayah saya sangat gembira. Adik-adik saya ternganga kerana saya boleh membaca. Walaupun umur saya rendah setahun daripada rakan sekelas tetapi saya yang pertama boleh membaca dan mengira. Dari sehari ke sehari saya terus maju di sekolah.

Darjah dua di sekolah ini. Saya boleh membaca dn mengira dengan baik. Boleh menyebut beberapa patah perkataan inggeris. Yang hebatnya saya boleh menulis tulisan jawi dengan baik. Dalam satu pertandngan yang tidak formal yang dijalankan oleh cikgu waktu tengahari sebelum balik, Saya orang yang pertama mendapat jawapan. Pertandingan ini diadakan daripada darjah dua hingga darjah enam. Sewaktu hendak balik saya terdengar cikgu berkata anatara mereka budak ini sangat bijak. Saya rasa hebat dan bangga. Sampai dirumah saya bagi tahu emak dan ayah. Mereka ketawa dan menyatakan besar nanti boleh kerja dengan kerajaan

No comments:

Post a Comment