Tuesday, October 13, 2009

jumpa lagi

assalamualaikum whb.

Telah sekilan lama tidak bersama blog ini. Bukan kerana lesu dan bosan tetapi kerana banyak kerja dan tanggungjawab kepada hablum minaallah dan hablumminanans. saya mengucapkan, belum terlewat dengan ucapan Selamat Hari Raya aidilfitri maaf ZAHIR dan bathin. Pastinya saya banyak membuat kesilapan dan kesalahan. Tentunya kesilapan dan kesalahan ini kepada orang yang terdekat, hampir, jelekit, bersama dan yang mengenali. Tentu sekali kepada Isteri yang sentiasa memberi dorongan, nasihat,motivasi, kecil hati, besar hati, terpendam dan berhempas pulas bersama untuk hidup bersama dan terus hingga ke hari ini. Saya memohon ampun dan maaf.
Kepada anak-anak Ulfarisya, M khirul Faiz, Ulfatiqah, Fadlan dan M Aqwam tentu sekali ayah ada membuat salah. Dalam hidup ini tentunya ayah membuat keputusan yang tidak dipersetujui. Mungkin dianggap sangat garang. Mungkin dianggap tidak adil. Mungkin tidak bersetuju banyak hal. Percayalah ayah mempunyai objektif untuk melihat kamu semua mejadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Berjaya dan terus berjaya. InsyaAllah. Maafkan ayah.
Kepada menantu, Sharul dan Zarir ayah juga memohon ampun dan maaf. Ayah menganggap menantu sebagai anak sendiri. Maafkan lah isteri kamu, mungkin latihan dan cara mereka berfikir tidak mengikut kehendak kamu. Itulah isteri kamu yang dilahirkan dan dididik oleh keluarga ini yang mungkin tidak begitu baik. Ajarlah mereka dan didikalah mereka. Pastinya kamu dapat hikmahnya dan diredoi oleh Allah. Hidup bekeluarga ini tentu ada pasang surutnya. Tentu ada yang tergigit. Kamu dididik dan dibesarkan oleh keluarga kamu. Isteri kamu dididik oleh keluarga ini. Pasti berbeza. Pasti pandangan, cara, citarasa, berfikir , bertindak, meluahkan pandangan, cara bertindak dan bertutur berbeza. Oleh itu, itulah isteri kamu dan bimbinglah mereka. Marahlah mereka sebagi seorang isteri. Didiklah isteri kamu dengan penuh kasih dan yang dianjurkan oleh sunnah. Jangan jadikan isteri kamu menjadi serba salah, rasa terhina, rasa terpencil, rasa dendam, rasa jahiliah dan merana. Mungkin inilah coretan terakhir saya kepada menantu sebelum menjadi arwah.
Kepada semua anak saudara yang tidak dapat ditulis nama-namanya saya pak long, cik Umar memohon ampun dan maaf. Banyak yang saya lakukan tidak menyebelahi kamu. Saya kelihatan agak garang, sombong dan agak meninggi diri, inilah saya. Saya mahu kamu semua menjadi orang yang berani dan mencapai akedemik dan kemahiran yang baik. Syabas yang berjaya dan teruskan usaha kepada yang masih terkial-kial. Maaf zahir dan bathin. Yang telah berhari raya kerumah diucapkan terima kasih dan yang tidak datang juga datang di tahun hadapan. Sila tulis alamat dan no telefon di blog ini agar saya boleh datang dan mengingati kamu.
Sekian. memohon ampun maaf.

1 comment:

  1. adik pun smer.........

    adik akn berusaha untuk berjaya dalam SPM.........

    adik akan buat yang terbaik untuk ayah n mak....

    adik pun nk mintak maap kalo ader salah silap yerk

    ReplyDelete