Wednesday, March 24, 2010

Nurul Anis Nabila bt. Umar

Saya melihatnya membesar. Bermain, bersekolah, Belajar dan berkahwin. Daripada Tingkatan satu hingga tingkatan lima tinggal di rumah saya. Selepas itu selalu berkunjung kerumah. Pernah memarahinya beberapa kali. Kali terakhir memarahinya saya menumbuk meja di depan emaknya sendiri. Tidak payahlah saya ceritakan kesalahannya. Beliau menangis. Nurul Anis selepas itu tidak lagi melakukan apa yang saya marahi. Belliau juga melupakan apa yang saya marahi.
Allah lebih menyayanginya. Allah mengambil nyawanya dalam usia 22 tahun. Saya terkedu apabila faiz menelefon dan mengatakan beliau telah mendahului kita. Rasa baru semalam beliau memanggil saya pak cik umar anis tertinggal bas. Saya akan start kereta dan menghantarkanya ke sekolah. "Anis kamu kena buat macam ini" Anis diam dan akur. Itulah Nurul Anis Nabila. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Alfatihah.

4 comments:

  1. "sampai hati along taknak datang bawak masyitah jumpa anis.."

    sigh..
    double sigh..

    ReplyDelete
  2. kadang2 org mula sedih bila dah tiada tp masa ada kite tinggla, biarkan, buat tak tau n maybe rasae kehadiarannya menyusahkan....org yg hilang mula kita rindui...masa die susah n kurang kemampuan....tp ada keluarga n org yg ambil tanggungjawab tu...iapa?bagaimana?hanya Allah yg dpt membala n ketahui...renungan buat yg terlibat

    ReplyDelete
  3. sampai hari ini kalau da pape perkara berkaitan anis, sarah pasti menagis, terkenang kecil2 dlu main sama2, gelak, nangis, sume 2 masih segar dalam ingatan ni..cepat benar dia pergi...rindu pada gelak tawa dia...

    ReplyDelete