Monday, June 22, 2009

Pusat Pemulihan Dadah

Pada 22 Jun yang lalu saya telah mengambil adik saya bercuti di Pusat Pemulihan Dadah Sungai Besi Kuala Lumpur. Bercuti selama tiga hari. Awal Pagi jam 8 saya dan dua orang anaknya telah pergi ke Pusat ini. Kami memasuki Pusat tersebut dan terus ke tempat tetamu. Penghuni pusat ini, pelatih-pelatihnya dengan hormat telah meminta kami untuk menunggu di tempat yang disediakan. Terima kasih. Pusat ini sangat bersih dan dijaga dengan penuh rapi. Syabas.
Berjumpa dengan kaunselor Puan Haslina. Saya dan anak saudara saya disambut dengan penuh hormat. Kami diberikan sedikit taklimat dan penerangan. Kemudian adik sayapun dipanggil. Kaunselor menasihatkan adik saya agar balik semula pada 26 Jun ini. Ia juga perlu mematuhi arahan-arahan dan prosedur yang telah ditetapkan. Balik sebelum pukul 6 petang 24 Jun, tidak boleh memandu kereta dan menunggang motorsikal. Tidak boleh memiliki wang sewaktu bercuti. Melaporkan diri di Balai Polis Kampar apabila sampai di kampung. Jam 1.30 petang kami sampai ke kampung Batu Berangkai Kampar. Saya terus balik.
Di dalam perjalanan saya berfikir dan bermain fikiran. Bolehkah Manusia ini insaf? Bolehkah lupakan dadah? Jawapannya terserah kepada individu tersebut. Dia yang boleh melakukannya berkat doa dan pertolongan Allah. Daripada ceritanya pelbagai kaedah dan terori dijalankan di pusat tersebut untuk memulihkannya. Saya menyatkan kepadanya apapun cara, teknik, pelajaran, teori dan psaikologi yang dilakukan, diri sendirilah yang berkuasa untuk tidak mengambil dadah lagi. Saya juga ada mengatakan di luar Pusat, pancarobanya sangat besar dan maha hebat. Dua bulan lagi adik saya akan menamatkan pemulihannya di pusat ini. Dua bulan masa yang agak singkat.
Adikku Hassan, bertaubatlah. Saya bayangkan satu analogi. Kita berjalan di sebatan jalan. Jatuh ke dalam sebuah lubang. Kaki kita sakit. Sembuh daripada sakit,kita berjalan di jalan yang sama dan jatuh di lubang yang sama. Sakit yang sama. Kali ketiga di jalan yang sama. Tidakkan kita jatuh di lubang yang sama.
Hassan. Ingatlah, jangan cakap sahaja yang banyak. Jangan teori sahaja yang banyak. Yang perlu kikiskan hidup kamu dari dadah. Anak seramai 7 orang. Yang sulung telah menamatkan pengajian di Politeknik KotaBharu. Yang kedua akan memulakan pengajiannya Julai ini di Politeknik Behrang. Yang lain bersekolah kecuali yang kecil. Mampukah isterinya sahaja yang menanggung semua ini. Janganlah tanggungan ini menjadi tanggungan orang lain pula. Saya berharap selepas keluar dari Pusat ini tidaklah saya dibebakan lagi dengan tanggungan ini. Berilah saya kelapangan. Berilah saya rehat. Sejak dari kecil saya telah membantunya hinggalah ke saat ini. Oleh itu berilah saya peluang untuk membantu diri saya sendiri. Saya juga memerlukan tenaga dan wang untuk diri saya.
Kepada keluarganya juga janganlah ambil senang. Janganlah apa sahaja kepada saya dibebankan masalah. Saya jugalah untuk membantu semuanya. Apabila ada duit mereka membeli yang tidak perlu. Yang terbaru membeli komputer bimbit. Hendak masuk Politeknik bulan Julai ini bagaimana. Tentunya saya jugakah?. Tidak apa. Jika saya mati esok bagaimana?. Kepada Alllah kita berserah.

No comments:

Post a Comment