Saturday, June 6, 2009

mesyuarat cawangan.

Bulan ini bermula mesyuarat cawangan UMNO. Selamat bersidang. Semoga mendapat keredoan daripada Allah. Semoga dapat membincangkan hala tuju orang Melayu Khususnya. Persidangan ini amat penting kerana seranan dan cadangan adalah daripada akarumbi. Justeru itu dipohon agar semua ahli UMNO dapat memberikan cadangan dan saranan. Jangan hanya memohon untuk membaiki pagar surau dan kepentingan fizikal sahaja. Mari kita sama-sama memikirkan untuk kemajuan bangsa dan negara tercinta ini.
Kita banyak dan mendengar pelbagai tuntutan daripada kaum Cina dan India. Apa pula tuntutan daripada kaum kita. Sudahkah kita berpuas hati. Banyak yang kita lihat dan dengar yang diberikan kepada mereka. Jadi bagaimana pula dengan kita. Banyak yang kita kongsi bersama tetapi mahukah mereka berkonngsi bersama. Kerajaan berikan pelbagai kemudahan dan pertolongan untuk mereka. Orang Melayu akur. Apa pula yang akan kita dapat.
Sejarah membuktikan kita memberikan mereka kerakyatan. Pemimpin merekapun mengatakan tiada bangsa di dunia ini yang begitu pemurah seperti bangsa kita. Tahun 2009 mereka menuntut pelbagai benda. Menuntut kesamarataan dalam pelbagai bidang. Kita diam dan hanya menggeleng kepala sahaja. Peruntukan yang sangat banyak kepada sekolah mereka. Kita diam sahaja. kita bangsa yang suka memberi.
Di mesyuarat cawangn UMNO kali ini bentangkanlah pula kehendak kita. daripada sekolah hinggalah ke antarabangsa untuk kepentingan kita pula. Selamat bersidang.

1 comment:

  1. a ah, setuju.
    bangsa2 lain minta macam2, tapi tak nak berkongsi.

    orang melayu tak patut rasa bersalah bila dapat kelebihan bumiputra.
    zaman sekarang, orang2 suka buatkan seolah2 orang melayu salah bila menggunakan kelebihan bumiputra dalam segala hal.
    kelebihan kita tidak menafikan hak orang lain.

    it's a simple thing, if they are willing to abolish their chinese and indian school, and everybody, all malaysian can go to just one school, than we can start to talk about equality.

    :)

    ReplyDelete